Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh (Kek Pandan Kukus)

Resepi kali ini, ialah resepi cheese leleh pandan yang diinovasikan dari kek span pandan. Namun kali ini kek span digabungakan bersama adunan cheese yang sengaja dibuat cair dan ditaburi parutan cheese cheddar.

Kek pandan seperti yang kita kenali mempunyai banyak versi, ia dipelbagaikan kerana pandan adalah antara bahan masakan yang paling sinonim dengan masyarakat kita. Hampir kebanyakkan resepi manisan masyarakat kita menggunakan daun pandan .

Kali ini Madam akan bawakan resepi kek span pandan , namun jika biasanya ia dibakar tetapi kali ini ia dikukus agar ia boleh diguna terus dari bekas plastik tersebut. Namun ianya tidak sesuai dibakar kerana kandungan yang digunakan tidak sesuai untuk dibakar . Jadi mari lihat bahan-bahan diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Kek Pandan Cheese Leleh (Kek Pandan Kukus)

Bahan-bahan

A

  • 1 cawan gula caster
  • 3 bji telur
  • 1 sudu besar ovelatte 

B

  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 1/2 cawan susu cair 
  • 1 sudu besar emulco pandan 

C

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder 
  • (Ayak)

Kaedah

  • Panaskan pengukus dan sediakan bekas yang sesuai seperti didalam gambar. Anda juga boleh menggunakan loyang saiz 8” bulat, gris dan letakkan kertas minyak.
  • Mula-mula pukul bahan A hingga gebu.
  • Kemudian tambahkan bahan B satu persatu.
  • Akhir sekali kaup balik bahan C yang telah diayak.
  • Apabila telah siap, masukkan kedalam bekas dan kukus selama 20 minit jika anda guna bekas plastik atau kukus 30 minit jika guna loyang 8”.
  • Terbalik kek bersama bekasnya diatas besi redsi sejurus ia siap masak. Terbalikkan dalam masa 10 minit sahaja.
  • Sejukkan sebelum diguna.

Bahan hiasan

  • Parutan cheese chedar.

Resepi Cheese Leleh

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese suhu bilik
  • ½ cawan susu pekat ( boleh dianggarkan untuk disesuaikan rasa manisnya)
  • ½ tin susu cair
  • ½ cawan krim putar

Kaedah

  • Pukul cheese bersama susu manis dahulu hingga ia gebu.
  • Kemudian tambahkan susu cair dan pastikan ia sebati, tambahkan whip cream dan pukul hingga ia gebu. Ketepikan.

Cara-cara membuat kek pandan cheese leleh.

  • Selepas kek pandan siap dikukus dan disejukkan, tuang cheese leleh diatas nya dan hiasi dengan parutan cheese chedar.
  • Jamulah ia selepas disejukkan selama beberapa jam didalam petiais.

Kek ini walaupun caranya kelihatan rumit, namun sebenarnya ia sangat mudah dilakukan. Ia sangat sedap dimakan atau anda boleh sediakan awal sebagai bekalan didalam kereta. Kek ini juga tahan dalam petiais, namun masih sedap dinikmati walaupun ia telah lama keluar dari petiaias.

Jadi untuk mengetahuinya anda perlulah mencuba resepi ini. Jangan takut untuk mencuba ya. Boleh jadi anda boleh cuba ambil tempahan selepas ini. Siapa tahu kan?

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ye. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!