Resepi Muffin Pandan (Memikat Selera)
Selalunya, perisa muffin adalah coklat ataupun vanilla. Jarang sekali kita dengar, pandan. Namun, tahukah anda, muffin pandan ini amat lazat?
Muffin pandan merupakan gabungan muffin yang berasal daripada barat dan perisa pandan yang berasal daripada Asia Tenggara. Ianya menghasilkan gabungan rasa yang amat unik, amat sedap dan pasti teringat ingat!
Resepi ini dikongsikan oleh Noramelia Abd Rani dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!
Resepi Muffin Pandan
Bahan – bahan masakan:
- 6 biji telur
- 2 cawan gula halus
- 1 sb esen vanilla
- 1 cawan minyak masak
- Pandan paste secukupnya
- Pewarna hijau secukupnya
- 3 cawan tepung gandum *
- 2 sudu kecil baking powder *
Cara – cara menyediakan:
- Bahan (*) diayak bersama didalam bekas lain.
- Kemudian, buatkan lubang ditengah – tengah tepung tadi, masukkan adunan basah dan kacau sebati.
- Panaskan oven 190 darjah celsius, 10 min.
- Masukkan adunan dalam bekas cupcake.
- Bakar selama 35 min.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!