Resepi Bingka Labu (Makan Bertambah!)
Hi semua! Kali ini kami bawakan resepi bingka labu, sebuah resepi hidangan minum petang yang mudah dan cepat untuk disediakan.
Bingka labu mempunyai bahan masakan yang mudah untuk didapati. Selain itu, jika anda ingin menyediakannya, tambah juga dengan air teh o kosong. Cukup sempurna petang anda!
Resepi ini dikongsikan oleh Azy Muda dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!
Resepi Bingka Labu
Bahan – bahan:
- Labu kukus dulu (400gm)
- Santan pekat 2 cawan
- Santan cair 2 cawan
- Tepung gandum 2 cawan
- Telur gred A 6 biji @ AA 5 biji
- 4 sudu besar minyak masak
- 1 cawan gula kastor
- 1/2 sudu besar garam
Langkah – langkah memasak:
- Kisarkan kesemua, tuangkan sedikit sedikit kerana adunan ini banyak.
- Tuangkan kedalam loyang yang sudah disapu marjerin/minyak/mentega.
- Tabur bijan.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 – 160 C, 40 minit sehingga masak.