Resepi Ramen (Confirm Terliur)

ramen

Hidangan yang berasaskan ramen kini semakin tular dikalangan rakyat Malaysia. Ramai di antara kita yang menggemarinya. Mungkin kerana cara pembuatannya yang amat ringkas serta bahannya yang sedikit menyebabkan ianya disukai ramai. Mungkin juga kerana rasanya yang unik serta trending di media sosial.

Walaubagaimanapun, ramen sahaja tidak mencukupi. Kali ini kami bawakan resepi ramen yang digabungkan bersama topokki dan banyak lagi inti yang confirm buat anda semua kenyang!

Resepi ini dikongsikan oleh Sharinaz Redwan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Ramen

ramen
image via Facebook

Bahan – bahan:

  1. 1 peket ramen samyang (saya guna yang plastik hitam)
  2. 1 sb gochujang (beli dekat shopee brand ommason)
  3. 1 sb gochugaru (beli dekat shopee brand ommason)
  4. 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  5. Sedikit kicap
  6. 4-5 ketul rice cake (kuih beras korea)
  7. 1 keping Fishcake
  8. 2 batang sosej
  9. Kobis
  10. Telur sebiji
  11. Air secukupnya

Langkah – langkah memasak:

  1. Satukan air, gochujang, gochugaru, bawang putih, kicap, rencah sos ramen dalam periuk.
  2. Masukkan fishcake, sosej, kobis, ramen, rice cake. Masak sampai mendidih.
  3. Biar sampai agak-agak pekat.
  4. Pecah telur sebiji. Tutup api.
  5. Akhir sekali boleh tabur rumpai laut & bijan yang dia bagi sekali dalam paket ramen.
  6. Saya tambah lagi rumpai laut tu. Beli yang big bang punya. Sebab lagi banyak lagi sedap.
  7. Korang boleh letak cheese sekeping kat atas tu jugak kalau yang suka cheese.

Resepi – resepi yang anda boleh cuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *