Salam Sejahtera para pembaca! Hari ini kami akan bawakan resepi khas buat penggemar cheese. Resepinya adalah resepi Cheese Tart.
Cheese tart selalu disediakan diwaktu majlis keraian seperti majlis hari jadi dan jamuan akhir tahun. Ini kerana cara pembuatannya mudah dan tidak sukar untuk disediakan. Rasanya juga amat lazat dan disukai ramai.
Resepi ini dikongsikan oleh Arja Nasir dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.
Resepi Cheese Tart
Bahan – bahan:
Shell Tart:
- 125g margerin
- 50g gula aising
- 1 st esen vanila
- 1 biji kuning telur
- 250g tepung gandum
Cream Cheese:
- 500g Cream Cheese (keluarkan 15 minit awal daripada peti ais)
- 30g butter
- 100g gula aising
- 1 biji telur gred A (kacau perlahan dengan garfu)
- Sedikit esen vanila
Langkah – langkah penyediaan:
Shell Tart:
- Kacau butter & gula aising hingga sebati. JANGAN kacau sampai kembang. Biar sebati je.
- Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau sebati (kalau nk buat shell berwarna bleh letak pewarna).
- Masukkan tepung & uli hingga menjadi doh yg lembut.
- Masukkan doh dalam acuan tart & bakar pada suhu 125C selama 30 minit (bergantung pada oven masing²)
- Apabila dah masak, keluarkan dari oven dan keluarkan tart dari acuan.
Cream Cheese:
- Satukan cheese, butter serta gula aising & putar hingga lembut & gebu.
- Masukkan telur (telur yg dh dikacau terlebih dahulu td – masukkan 1 sudu demi 1 satu sudu (anggaran 3 sudu besar sahaja)
- Kemudian putar sekejap… kejap je Susun shell tart dlm tray & letakkan filling pilihan.
- Masukkan cream cheese dlm piping bag & gunting hujung piping bag sama besar dengan lubang shell.
- Letakkan cheese dgn memegang piping bag secara menegak.
- Piping cheese sehingga tinggi menggunung. Klu nk lagi buncit selepas dibakar so kena letak lagi tinggi & penuh.
- Bakar selama 10-15 minit, api atas & bawah pada suhu 170C
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!
Leave a Reply