Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Agar-agar Lumut (Gerenti Disukai!)

author name

Agar – agar lumut adalah salah satu hidangan pencuci mulut yang disukai ramai. Rasanya kurang manis dan berlemak, cukup nyaman dan menyegarkan.

Kalau biasanya, orang – orang tua sahaja menyukai agar – agar lumut ini. Namun kini, kanak – kanak juga menyukainya. Jadi, bolehlah anda hidangkan kepada semua tetamu anda serta ahli keluarga!

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Agar – Agar Lumut

agar-agar-lumut
image via Facebook

Bahan – bahan:

• 10gm serbuk agar-agar
• 4 cawan air
• 1 kotak kecil santan kara
• 1 biji telur
• 1 1/2 cawan gula merah
• secubit garam
• sehelai daun pandan

Cara – cara memasak:

  1. Satukan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar larut dan mendidih.
  2. Masukkan gula merah dan daun pandan. Masak sehingga gula merah larut.
  3. Tapiskan adunan ke dalam periuk lain
  4. Didalam bekas lain, kacau santan, telur dan garam sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan santan ke dalam adunan agar-agar dan biar mendidih lebih kurang satu minit.
  6. Tuang ke dalam loyang dan biarkan keras.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *