Resepi Satay Ikan (Teringat Zaman Sekolah!)

satay-ikan

Salam semua para pembaca! Kali ini, kami bawakan kepada anda resepi satay ikan. Selalunya, satay ikan ini dijual di kaki lima pada waktu persekolahan dahulu. Balik sahaja sekolah, beli satay ikan yang pada masa itu hanya 20 sen secucuk.

Sekarang, mungkin sukar untuk didapati. Jadi, jika rindu akan makanan di waktu persekolahan dahulu, jom masak satay ikan!

Resepi ini dikongsikan oleh Yunk Mardhiah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Satay Ikan

satay-ikan
image via Facebook

Bahan – bahan:

Satay ikan:

  • 6 ekor ikan selayang (saiz besar)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1sudu kecil soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Bawang besar 1 biji

Sos satay:

  • Cili kering 5 tangkai
  • 2 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 sudu gula ( ikut suka )
  • Tepung ubi 5 sudu.
  • Air 3 cawan
  • Pewarna merah.
  • Garam

Cara – cara membuatnya:

Satay Ikan:

  1. Kisarkan isi ikan yang dibuang tulang dengan bawang besar letak sedikit garam.
  2. Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan tepung ubi yang dicampur dengan soda bikarbonat.
  4. Masuk kan sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat ditangan.(kalau adunan masih melekat boleh tambah sedikit tepung ubi lagi sehingga adunan tidak melekat ditangan).
  5. Gentel adunan menjadi bulat kecil.
  6. Goreng sekejap dgn api yang sederhana.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Cucuk pada lidi satay dan bakar sedikit.
  9. Siap. Boleh makan dengan sos manis/ pedas.

Sos Satay:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, gula, garam dan cili kering.
  2. Masukkan bahan kisaran ke dalam periuk.
  3. Masak di atas dapur api kecil.
  4. Bancuh 5 sudu tepung ubi dengan 3 cawan air dan letakkan sedikit pewarna merah.
  5. Masukkan tepung yang dibancuh ke dalam periuk tadi.
  6. Kacau sehingga sos menjadi pekat dan warna berkilat.
  7. Perasakan manis/ masin ikut kesukaan masing – masing.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *