Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Cendol Gula Melaka Manis Mengancam Sesuai Buat Semua!

author name

Kali ini kami bawakan salah satu resepi yang amat menarik buat anda semua. Ianya adalah resepi puding cendol gula melaka! Resepi ini merupakan salah satu inovasi orang Malaysia yang menggabungkan pencuci mulut kegemaran ramai, Cendol di dalam satu puding yang lebih mudah untuk dimakan dan lebih tahan lama! Ianya juga sesuai buat semua lapisan masyarakat untuk menikmatinya.

Resepi ini amat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut semasa majlis keraian seperti majlis hari jadi ataupun perayaan. Ianya kerana porsinya yang banyak pasti dapat memuaskan para tetamu. Cara pembuatannya juga mudah untuk disediakan. Oleh itu, ianya tidak mengambil terlalu banyak masa untuk menghasilkannya. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nawar Azhar dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Pasti sahaja resepi ini sangat lazat. Jadi apa tunggu lagi, jom tengok!

Resepi Puding Cendol Gula Melaka

puding cendol
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Lapisan cendol:

  • 500 ml air
  • 175 gram gula halus
  • 250 ml air
  • 1 paket serbuk agar2 ( 10-12 gram ) saya guna 10 gram
  • 250 ml santan
  • Secubit garam
  • 30 gram tepung jagung
  • 500 gram cendol

Lapisan gula melaka:

  • 250 ml air
  • 1 paket serbuk agar2 ( 10-12 gram ) saya guna 10 gram
  • 250 ml santan pekat
  • Secubit garam

Cara – cara memasak:

Lapisan cendol:

  1. Panaskan 500 ml air dengan gula halus sehingga gula larut
  2. Satukan agar – agar dengan 250 ml air dan tuangkan ke dlm larutan air gula tadi,masak hingga agar – agar larut
  3. Satukan santan,tepung jagung dan garam,kacau rata hingga tepung tidak berketul-ketul
  4. Tapis, tuangkan dalam adunan agar – agar, masak sehingga mendidih, tutup api.
  5. Biarkan adunan suam sebentar, baru masukkan cendol, kacau rata
  6. Sediakan loyang 10×10 inci, basahkan dengan sedikit air
  7. Tuang adunan cendol tadi ke dalam loyang,biarkan ianya mengeras
  8. Setelah puding mengeras,cakar sedikit permukaan atasnya dengan garpu
  9. Sementara menunggu lapisan cendol mengeras,kita sediakan pula lapisan gula melaka.

Lapisan gula melaka:

  • Panaskan 500 ml air bersama dgn gula melaka dn daun pandan
  • Apabila gula dh larut,angkat tapis,sejukkan
  • Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan serbuk agar – agar, masak sehingga agar – agar larut
  • Tuang air gula melaka yang telah di sejukkan tadi, tuang juga santan dan secubit garam
  • Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah dan masak sehingga mendidih
  • Tuang larutan gula melaka di atas lapisan bawah (cendol), sejukkan sehingga keras

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *