PES TOMYAM

CARA BUAT PES TOMYAM KAW KAW!

Bahan-bahannya ialah:
1. 2 biji bawang besar
2. 4 batang serai (saya letak lebih sebab serai saya kurus kering… hehe)
3. 2 biji cili hidup merah
4. 5 hiris lengkuas
5. 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
6. 4 sudu makan udang kering
7. 10 ekor ikan bilis (ini optional. Saya letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
8. 4 inci belacan
9. 3 sudu cili kering yg dah siap kisar
10. Air asam jawa, gula perang, garam asli

Kalau yang suka pedas, time buat kuah tomyam baru letak cili api bagai tau. Kalau buat pes ni letak cili banyak, tak best pulak rasa pedas dia kan… bila buat kuah, campaklah banyak mana pun cili api yang you all suka… asalkan tak kena ceri beri udah ye… ??
.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan2 (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam blender. Then apa ditunggu lagi, blendkan aje sampai lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak. Api slow je ye… api dapur pun nak maintain cun juge…?
Uissshhh! Bau dia semerbak harum mewangi tu…. dengan bau serai dan daun limau purut dia. MaasyaAllah!
3. Dah pecah minyak, masukkan air asam jawa, dan gula perang. Kacau.
4. Tutup api. Masukkan garam asli. Nape saya suka pakai garam asli? Sebaaaab, garam asli bersifat detox, boleh buang toksin berlebihan dalan badan… ?
5. Masuk dalam botol… tunggu sejuk…then boleh simpan dalam peti ais. Tahan lama jika simpan dalam peti ais.
.
Kredit: fb Norashikin Bt Hasan
Group : Masak Apa Hari Nie… (MAHN)

Jika ingin share,sila komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di news feed anda nanti..

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *