Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Tepung Gandum Paling Lazat di Abad Ini!

author name

📄 ,

Selamat datang kepada semua pembaca. Untuk perkongsian kali ini kami akan berkongsi dengan anda resepi apam tepung gandum. Apam tepung gandum merupakan hidangan yang selalu disediakan pada waktu sarapan pagi ataupun minum petang. Cara pembuatannya yang mudah amat sesuai untuk disediakan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, sekiranya anda baru berjinak – jinak dalam memasak, apa kata anda mencuba resepi ini!

Apam tepung gandum ini amatlah sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumah atau untuk dinikmati ketika minum petang anda dirumah sambil-sambil menonton drama bersiri kegemaran anda. Ianya yang sinonim dengan rakyat Malaysia boleh disediakan dengan bahan – bahan yang boleh didapati di dapur anda. Satu menu minum petang, siap!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Adibah Haripin di laman sosial Facebook miliknya. Tanpa kita melengahkan masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan resepi apam tepung gandum ini. Mari!

Resepi Apam Tepung Gandum

apam tepung gandum
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih
  • 1/2 sdk garam
  • 1 paket yis 11g
  • 3 cawan air

Cara – cara memasak:

  • Masakkan gula merah,gula putih,garam,air sampai larut.
  • Sediakan tepung gandum dan tepung beras.
  • Kemudian tapis air gula terus ke adunan tepung tadi.
  • Tunggu air gula sehingga sejuk, gaulkan sampai sebati.
  • Akhir sekali, letakkan yis.
  • Gaulkan dan ratakan semua, pastikan adunan tidak pekat dan tidak cair.
  • Perapkan selama 45 minit sehingga 1 jam(sampai naik kembang).
  • Tuangkan adunan yang kembang tadi terus ke loyang 10 inci yg dah disapu minyak.
  • Jangan kacau adunan. Apabila kembang, terus tuang ke loyang.
  • Kukus selama 45 minit.
  • Siap!

Nota: Resepi ini untuk loyang 10 inci.

apam tepung gandum 2
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *