Apam Pisang

Nampak x buih tu?..kalo berbuih cmtu tanda #ApamPisang tu elok ja berurat lepas peram 1 jam..tindakbalas perahan limau+baking soda+double action baking powder…

Ada yg dok ty..* x masam ka buh limau?*..huhuhu..x rasa masam pun aihhh..jgn gelabah ?

Resipinya
Bahan A
7 biji pisang berangan(kalo pisang tu besar kurangkan sebiji)boleh juga guna pisang mas,lemak manis,pisang 40hari..
3/4 cawan gula perang(sy nak jimat sy guna gula pasir jer)
2 sdt baking soda(jgn membukit nanti pahit)
1 sdt double action baking powder
(satukan semua bahan ini dlm bekas dan lecek guna gelas)

Bahan B
1 sdb perahan limau(limau nipis bole/limau kasturi/lemon)sy letak 1 1/2 sdb..nak bg apam tu elok jer x muak bila mkn ?
1 cawan minyak masak
3 biji telur gred A(blend seminit dua)

Bahan C
2 cawan tepung gandum(rajin ayak..kalo x rajin x payah?)

Hiasan
2 biji pisang berangan hiris nipis(kalo tebal pisang tu lemas ?)

Caranya
Masukkan perahan limau dlm pisang yg dilecek tadi..kacau sebati..
Bila dah sebati masukkan minyak masak..kacau lagi..Masukkan pula telur yg dah diblend tadi..kacau sebati lagi..Masukkan tepung kacau sebati..peram dlm bekas bertutup selama 1 jam..
Panaskan air kukusan hingga mendidih..api sederhana besar..leser nipis acuan guna minyak atau mentega..
Masukkan adunan 3/4 acuan..letak hirisan pisang…kukus selama 20mnt..siap..biar suam2 baru kuarkan drp acuan..

Silakan share…

kredit resepi kepada ‎Mariana Zainal‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *