Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Peneram Guna Bahan Mudah Nak Buat

Kuih tradisional memang tak pernah lapuk dek zaman. Seringkali menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat Malaysia. Walaupun kuih viral yang tumbuh bagai cendawan, tetapi kuih tradisional masih mempunyai peminatnya tersendiri. Jika anda penggemar kuih tradisional pasti anda kenal dengan kuih penaram.

Boleh juga dipanggil kuih denderam ini hanya menggunakan dua bahan asas iaitu tepung beras dan gula merah. Jarang dah kita nak jumpa kuih peneram ini kan? Dengan teknik yang betul pasti jadi kuih peneram ini. Memandangkan agak susah nak jumpa kuih tradisional ini, kami bawakan anda resepi kuih peneram yang dikongsikan oleh Ila Fuzi di Facebook.

Bahan-bahan

  • 500gm tpng beras
  • 2 sudu tpng gandum
  • *300gm gula merah
  • *100gm gula putih
  • *220 ml Air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Didihkan bahan yang bertanda *,
  2. Kemudian curahkan pada tepung masa panas sikit demi sedikit.
  3. Kacau smpi sebati hingga adunan lembik yang boleh dicanai. Terlebih lembik tak apa sebab kalau dah sejuk adunan menjadi keras senang nak canai dan terap.
  4. Peram dulu.
  5. Goreng dalam minyam panas, tapi api perlahan sampai masak.

Kuih ini selalu kita jumpa di pasaran malam. Sedap diminum bersama kopi. Makan sekali pasti nak lagi. Boleh ralit orang kata.

Resepi Menarik Yang Lain

Terdapat pelbagai resepi menarik yang kami kongsikan untuk anda sebagai rujukan. Terima kasih juga kerana mengikuti resepi ini.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!