Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Akok Lemak Manis Buat Senang Makan Sedap

author name

Resepi seterusnya ini ialah resepi kuih yang sangat popular dinegeri pantai timur iaitu Kelantan. Walaupun akok popular diKelantan namun ia juga amat digemari oleh pelbagai masyarakat diolebagai daerah dan negeri di negara kita yang sememangnya mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya. 

Bahan yang digunakan didalam pembuatan kuih tradisional ini amat mudah didapati selain dari tepung, bahan utamanya ialah gula merah dan santan yang memberi rasa yang lemak dan manis. Baiklah bagi anda yang mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan

A

  • 3 keping gula melaka saiz kecil.
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan disimpulkan

B

  • 6 biji telur ayam gred A
  • Satu cawan santan + air 50ml (santan segar/kotak)
  • ½ cawan tepung
  • ½  tsp garam setengah

Kaedah

  • Mula mula masak bahan A
  • Tutup api apabila gula melaka sudah larut sepenuhnya. 
  • Tapis dan keluarkan daun pandan, masukkan ke dalam bekas lain. 
  • Ketepikan dan biarkan sejuk sebentar.
  • Kemudian kisar bahagian B dan campur dengan bahan A dan kisar bersama.
  • Akhir sekali masukkan dalam acuan akok atau kuih cara dan bakar hingga masak.
  • Siap!

Kebiasaanya kuih akok perlu dibakar, namun jika anda tidak punya oven anda boleh menggunakan acuan kuih cara dan masak menggunakan dapur gas anda sahaja. Penyediaannya sama seperti kuih cara, senang bukan? Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.