Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Serabai (Teringat Kampung)

author name

📄

Kini, susah mencari orang jual serabai bahkan di tapak pasar malam pun tidak jumpa. Sudahlah mengidam dengan makanan itu. Tapi tidak boleh buat apa. Apa kata buat serabai sendiri?

Secara asasnya serabai dimasak menggunakan bancuhan nasi dan tepung beras bersama santan. Perpaduan bahan ini menghasilkan rasa lemak masin manis pada serabai. Kuantiti bahan harus sesuai untuk dapatkan rasa yang padu.

Serabai biasa dimakan bersama kuah manis ataupun kuah durian. Lagi sedap memang kena letak gula melaka atau nisan dalam kuah serabai. Gerenti tidak cukup makan satu keping.

Orang kampung-kampung dulu biasa hidang serabai untuk sambut hari raya. Jom menggamit selera bersama kumpulan resepi daripada laman Facebook yang kami kongsikan di bawah.

Resepi Serabai Kedah

Imej via Facebook

Resepi pertama lidah dimanjakan dengan serabai dan kuah lemak Kedah. Kegemaran anak-anak, sekilo tepung boleh habis makan anak beranak saja. Resepi dikongsikan oleh Rohaida Abd Rahman di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum,
  • 3 ½ cawan air (tuang secawan demi secawan hingga dapat kepekatan yang cair sedikit dari adunan tepung goreng pisang),
  • ½ paket yis mauripan,
  • 4 sudu gula,
  • Secubit garam,
  • Setengah paket enau original, paket biru.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua adunan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul. Perap selama 2 jam tutup adunan dengan tudung periuk. (Adunan akan naik dua kali ganda dan berbuih).
  2. Setelah diperap, masukkan enau dan kacau hingga sebati.
    * tidak boleh terlalu lebih perap nanti tidak naik. Sebaiknya sejam lebih kemudian cek adunan.
    * adunan cair sedikit dari bancuhan tepung goreng pisang. Kalau cair sangat nanti lembik.
  3. Lepas adunan sudah set, sendukkan ke dalam acuan serabai yang telah dioles dengan marjerin atau minyak.
  4. Tutup acuan dengan tudung periuk selama 5 minit atau sehingga tepung masak.
Resepi Kuah lemak manis :
  • 2 cawan santan,
  • 2sb tepung gandum,
  • Secubit garam,
  • Seketul gula melaka,
  • 4sb gula,
  • Daun pandan.

Satukan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat boleh tutup api.

Kuih Serabai Dan Kuah Manis Kental

Imej via Facebook

Sapa suka kuih serabai? Resepi seterusnya iaitu serabai yang dibuat menggunakan kanji daripada tepung beras diberi sedikit air dan dikacau sehingga kental. Mesti anda tertanya-tanya bukan? Jom lihat resepi daripada Rohani Ronnie di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 3 cawan tepung cap bunga teratai,
  • 1 cawan santan,
  • 1 sudu besar yis mauripan,
  • 1 cawan kanji (tepung beras kacau dengan sedikit air. Kacau atas api hingga kental biarkan sejuk.
  • Secubit garam,
  • 1 sudu besar tepung gandum.
Cara-cara :
  1. Uli bahan di atas dengan air, masukkan air kut bancuhan, agak-agak adunan macam buat ketayap.
  2. Bancuh kesemua bahan-bahan hingga adunan tidak gentel.
  3. Peram selama 3 jam.
  4. Sementara adunan naik. Sediakan kuah Manis.
  5. Apabila adunan naik boleh bakar dalam acuan serabai.

Resepi Serabai Durian Banjar

Imej via Facebook

Bukan hanya dengan kuah manis sahaja. Serabai juga sedap dimakan bersama kuah durian. Makanan ini khas banjar. Ayuh kita cuba resepi daripada Nurfazleen Najmi yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan nasi dan 1 cawan air,
  • 2 cawan tepung beras,
  • ½ cawan santan,
  • ½ cawan air suam,
  • ¼ cawan gula,
  • 1 sdk yis,
  • 1 sdk garam.
Cara-cara :
  1. Blend halus nasi dan air. Satukan semua bahan-bahan dalam bekas. Kacau sebati dan peram selama 1 jam.
  2. Sedia untuk dimasak.
Bahan Kuah Durian :
  • Durian,
  • Santan 1 kotak kecil,
  • Air,
  • Daun pandan 2 helai,
  • Gula,
  • Garam.
Cara-cara :
  1. Masak sekali semua bahan.
  2. Boleh letak gula melaka kalau suka. Sesiapa suka kuah putih, tidak perlu letak gula melaka.

Resepi Serabai Gebu

Imej via Facebook

Serabai gebu memikat selera. Kalau ternampak serabai gebu comel mesti geram teringin makan. Resepi serabai gebu dikongsikan oleh Faizah Md Zain di laman Facebook. Resepi ini dapat 1 adunan (40pcs).

Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung beras (cap teratai),
  • 1 cawan nasi,
  • 1 cawan santan pekat,
  • 3 cawan air,
  • 2 sudu kecil yis,
  • 4 sudu kecil gula,
  • Sedikit garam.
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan kecuali mauripan.
  2. Masukkan adunan yang sudah diblend tadi dalam mangkuk dan masukkan yis, gaul rata dan tutup. (Peram dalam 1 jam).
  3. Panaskan acuan, oleskan dengan minyak, masukkan adunan sesenduk dan tutup dengan penutup periuk. Guna api perlahan sahaja.
  4. Jangan diterbalikkan, bila bawah sudah kuning baru angkat.

Resepi Kuih Serabai Acuan Akok

Imej via Facebook

Jika anda ingin buat serabai tapi tidak ada acuan bulat? Jangan risau ya. HasnieZa Nor pun buat guna acuan kuih akok sahaja janji ada rupa serabai. Resepi lengkap dengan kuah serabai yang lazat.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung beras,
  • ½ cawan nasi dan 2 cawan santan cair,
  • ½ cawan air suam,
  • 1 sudu kecil yis,
  • 2 sudu besar gula,
  • Sedikit garam.
Cara-cara :
  1. Campurkn air suam bersama yis. Biar sekejap dalam 5 minit.
  2. Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
  3. Kalau sudah kisar, campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar, kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan yis. Kacau sebati dan peram dalam 1-2 jam.
  5. Bakar macam biasa dan sapu sedikit minyak. Saya guna dapur gas. Bakar dalam 10 -15 minit. Bakar guna kuali leper pun boleh, acuan elektrik pun boleh. Lebih kurang macam masak lempeng.
Bahan Untuk Kuah :
  • 2 cawan santan pekat,
  • ½ cawan air dan 1 sudu besar tepung jagung,
  • 2 helai daun pandan,
  • 1 biji telur,
  • Sedikit garam,
  • 3 sudu besar gula,
  • 2 keping gula melaka/nisan.
Cara-cara :
  1. Ambil tepung jagung dan air tadi. Kacau rata.
  2. Kisarkan telur bersama santan. Kisar sekejap sahaja untuk bagi sebati.
  3. Apabila sudah kisar, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama air tepung jagung tadi.
  4. Kemudian buka api dan masak macam biasa sampai gula dan gula melaka betul-betul larut. Masak dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama nanti santan jadi “pecah minyak”. Bila kuah sudah mula pekat sudah kira masak.

Resepi Serabai Simple

Imej via Facebook

Resepi kali ini hanya menggunakan tepung beras sahaja tiada campur dengan tepung lain-lain. Kuih serabai dan kuah lemak manis untuk minum petang ini dikongsikan di laman Facebook oleh Imah Akmal.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan nasi sejuk dan 1 cawan air dan blend,
  • 2 cawan tepung beras ,
  • ¼ cawan gula,
  • 1 sudu teh mauripan,
  • 1 sudu teh garam,
  • ½ cawan air suam,
  • ½ cawan santan.
Cara-cara :
  1. Campur semua bahan dan gaul sebati, perap selama 2 jam.
  2. Sapu kuali atau pan dengan minyak, tuang 1 senduk dan tutup dengan tudung periuk sampai masak, terbalikkan.
Bahan Kuah :
  • Santan lebih kurang 2 cawan,
  • Gula melaka,
  • Tepung gandum dalam 2 sudu,
  • Garam sedikit.
  • Gaul sebati dan masak atas api perlahan sampai pekat yang kita mahu.

Resepi Serabai Tanpa Nasi

Imej via Facebook

Siapa cakap buat serabai sukar? Sebab perlukan nasi? Jangan risau, Julia ALeen Aireish berkongsi resepi serabai tanpa nasi. Sekarang buat serabai jadi lebih mudah bukan?

Bahan-bahan :
  • 100 g tepung beras,
  • 20 g tepung gandum,
  • 275 ml santan sedikit pekat,
  • 1 biji telur,
  • ½ sudu kecil yis kering,
  • Secubit garam,
  • 1 helai daun pandan disimpul.
Cara-cara :
  1. Masak santan bersama dengan garam dan daun pandan, kacau hingga mendidih, matikan api.
  2. Dalam bekas lain campur kedua jenis tepung, kemudian tuang santan sedikit-sedikit kacau sekata.
  3. Masukkan telur dan yis, kacau rata dan sebati.
  4. Perap adunan selama 1 jam.
  5. Panaskan kuali non-stick, ambil sesenduk adunan letak dalam kuali, tutupkan kuali, apabila masak akan kelihatan berlubang-lubang halus dan permukaan kuih kering
Bahan-bahan Kuah Durian :
  • 1 mangkuk isi durian,
  • 1 kotak santan dan sedikit sahaja air,
  • 6 sudu besar gula pasir [ikut citarasa],
  • 1 helai daun pandan,
  • Secubit garam.
  • Jika nak serawa durian kelihatan warna coklat perang masukkan 1 keping gula melaka.
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali gula.
  2. Kacau perlahan atas api, jika terlalu pekat boleh tambah air ikut keperluan.
  3. Akhir sekali masukkan gula, kacau sebati dan rasa sudah sedap rasa tutup api.
  4. Sedia dihidang, sedap sangat dipadankan dengan serawa durian.

Resepi Serabai Non-Stick Pan

Imej via Facebook

Buat serabai tidak semestinya pakai acuan bulat. Boleh saja jika anda guna pan non-stick. Lebih mudah bukan? Resepi dikongsikan oleh Noor Sulaiman di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung beras,
  • ½ cawan nasi,
  • ½ cawan santan,
  • 2 sudu besar gula,
  • 1 sudu teh ragi @ yis,
  • 1 sudu teh garam.
Cara-cara :
  1. Kisar dan simpan paling kurang 20 minit.
  2. Sapu minyak sedikit dan letak 1 senduk tepung dan bakar atas api lebih kurang 3 minit sampai semua gelembung masak dan balikkan sekejap.
Bahan Kuah Serabai :
  • Air 1 cawan,
  • Gula melaka 2 ketul,
  • Santan ½ cawan,
  • Gula biasa 2 sudu,
  • Garam secubit,
  • Satu sudu tepung beras campur air,
  • Daun pandan untuk bau.
Cara-cara :
  1. Masak gula melaka sehingga cair.
  2. Masukkan daun pandan.
  3. Tambah garam, gula, santan dan air tepung beras.
  4. Kacau sampai pekat.

Resepi Serabai Dengan Telur

Imej via Facebook

Seterusnya resepi air tangan bonda yang dikongsikan oleh Mazni Abdullah di laman Facebook. Resepi bancuhan untuk makan tiga orang.

Bahan-bahan :
  • 5 sudu tepung gandum,
  • 3 sudu tepung beras,
  • Santan untuk bancuhan tepung,
    (Tips sedapkan santan, guna air kelapa untuk perah santan).
  • Satu sudu kecil mauripan, satu sudu kecil gula dan sedikit air dicampurkan dan dibiarkan kembang terlebih dahulu sebelum tepung dibancuh)
  • Sebiji telur (untuk elakkan tepung melekat bila dibakar).
  • Secubit garam.
Cara-cara :
  1. Bancuh semua bahan hingga kelikatan yang boleh dituang (tidak berapa pekat tidak berapa cair).
  2. Biarkan bancuhan untuk 1 – 2 jam sebelum mula membakar.
  3. Kalau yang ada acuan serabai, boleh bakar dengan acuan, kalau tidak ada tidak apa, gunakan kuali kecil dan masak satu persatu.
  4. Sapu kuali dengan sedikit minyak (guna tisu untuk sapuan) dan kebiasaannya hanya yang sekali sahaja untuk membakar kuih di atas dapur (bukan dioven ya). Kalau kuali anda tidak melekat tidak letak minyak pun OK.
Bahan kuah :
  • 1 sudu tepung gandum,
  • Santan untuk bancuhan tepung sampai cair,
  • Masukkan gula (saya guna gula kabung) – ikut rasa manis yang anda suka,
  • Kalau suka durian boleh tambah durian seulas dua,

Resepi Serabai Hijau

Imej via Facebook

Resepi seterusnya didatangka terus daripada pembuat kuih serabai iaitu Shazura Shaharil di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan nasi,
  • Sedikit garam,
  • 4 sk gula,
  • 2 sk mauripan,
  • 4 cawan tepung beras,
  • 4 cawan air.
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan hingga sebati dan perap selama 1 jam dalam bekas bertutup.
  2. Kalau tidak ada acuan boleh bakar dalam kuali kecil. Sapu minyak sebelum bakar takut melekat.
  3. Tips senang blend, masukkan dulu nasi kemudian masuk air 1 cawan baru masuk tepung dan lain-lain. Baki air masuk akhir sekali.
  4. Boleh dihidang bersama kuah durian, manis (sekaya) ataupun kari.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kuih Serabai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cuba resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.