KUIH SERI MUKA PULUT HITAM

KUIH SERI MUKA PULUT HITAM

Bahan-bahannya :

LAPISAN BAWAH:
2 cawan beras pulut (500g)
1 cawan pulut hitam (100g)
3 cawan santan kemancar (380ml)
1 sudu kecil garam
1 sudu teh gula

Cara Membuatnya :
Pulut hitam dibersihkan dan direndam sebentar kira-kira 30 minit
Pulut hitam ini mesti direbuskan selama 1 1/2 jam dan kemudian rendamkan dalam air panas lebih kurang 1 jam lagi. Kemudian toskan
Rendam pulut biasa dalam air sejuk lebih kurang 1 jam juga. Kemudian toskan.
Gaulkan pulut hitam bersama pulut puteh. Kemudian masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Ratakan.
Satukan santan, garam dan gula. Masukkan santan cair ini keatas pulut, ratakan.
Kukus selam 20 minit sehingga pulut kembang.
Bila sudah kembang – karehkan. Kemudian padatkan semula pulut tadi. Ketepikan.

LAPISAN ATAS:
4 biji telur ayam gred A
5 helai daun pandan -blander dengan 100ml air biasa
3 1/4 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa (550ml)
1/2 cawan tepung gandum – cap sauh ( 115g)
1/4 cawan tepung ubi (50g)
Secubit garam
1 3/4 cawan gula pasir (380g)
Sedikit pewarna hijau

Cara Membuatnya :
Campukan kesemua bahan diatas kecuali gula.
Kacau sebati dan tapiskan kedalam periuk, masukkan gula dan sedikit pewarna hijau.
Masakkan diatas api yang perlahan sehingga naik wap.
Kemudian tuangkan diatas lapisan bawah. (lapisan bawah mestilah masih panas…kalau telah sejuk , kukuskan semula atau bancuhkan 1 sudu makan tepung jagung + 2 sudu makan air. Sapu rata diatas pulut dan kukus sebentar).
Tuangkan adunan hijau tadi diatas pulut dan kukus semula dengan api sederhana perlahan selama 30 minit.
Bila telah masak…ketepikan dan sejukkan
Potongkandan sedia untuk dihidang….
.

PERINGATAN :
Semasa mengukus lapisan atas…api janganlah terlalu besar, dikuatiri lapisan atas akan meletus saperti gunung berapi.