Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Kaswi (Kuih Evergreen)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi yang sesuai bagi menu minum petang. Kuih kaswi adalah antara kuih yang menjadi kegemaran orang Malaysia tanpa mengira kaum ataupun umur. Kuih kaswi adalah sejenis kuih yang diperbuat dari tepung gandum dan tepung ubi. Ia kemudian ditambah gula merah dan gula putih bagi meningkatkan rasa manisnya. Lalu adunan ini dikukus sehingga masak. Tetapi bahan yang paling penting bagi kuih kaswi ialah kelapa parut. Kuih kaswi tanpa kelapa parut ibarat irama tanpa lagu, hilang satu maka pincanglah ia.

Kelapa parut yang digunakan haruslah kelapa parut yang berwarna putih, iaitu bahagian isi kelapa yang paling atas. Kelapa parut jika hendak dibuat santan barulah ia diparut hingga kedasarnya. Jika hendak diguna sebagai kuih ia hanya diparut dibahagian atasnya sahaja. Begitulah serba sedikit cerita tentang kelapa parut.

Resepi kuih kaswi yang Madam akan kongsikan kali ini merupakan kegemaran kami sekeluarga. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Kuih Kaswi (Kuih Evergreen)

Bahan-bahan

A

  • 5 1/2  cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir

B

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn tepung jagung
  • 3 sudu kecil air kapur 

  • Kelapa parut putih, gaulkan dengan secubit garam.

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan A dahulu dan biarkan sejuk sebentar. Ketepikan.
  • Gaul rata bahan B kemudian campurkan dengan bahan A tadi.
  • Tapis sebelum masukkan kedalam loyang yang sesuai.
  • Kukus selama 20 minit, pastikan pengukus telah dipanaskan.
  • Tunggu sejuk baru potong dan  gaulkan dengan kelapa parut (bahan C).
  • Siap.

Garam ditambah dalam kelapa parut adalah sebagai menaikkan rasa lemak kelapa itu. Kelapa parut perlu diguna segera selepas diparut, jika anda ingin guna lambat sedikit pastikan anda menyimpannya didalam petiais. Ada juga orang yang membekunya jika ada yang berlebih, namun rasanya kurang manis.

Terpulang pada anda bagaimana ingin menikmatinya, namun pastikan anda mencuba resepi ini dihujung minggu atau sebagai bekalan ke tempat kerja. Lebih menarik jika dihidang pada tetamu terhormat, manalah tau anda boleh terima tempahan selepas ini.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *