Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Tako (Lembut Lemak Manis)

author name

📄

Ramai yang tanya resepi kuih tako lemak manis. Kuih tako adalah antara kuih tradisional berbahan santan dan tepung. Kuih ini dihidang dalam bekas daun pandan yang dilipat menyerupai segi empat.

Sebenarnya resepi buat kuih tako mudah dan sekejap, tapi siapkan kotak daun buat bekas yang lama. Kena ada orang tolong buatkan agar cepat siap. Janji ada daun pandan yang lebar memang mudah untuk bentuk kuih tako ini.

Kuih tako memang lembut dan lunak sangat. Rasanya lemak manis dan bentuknya pula comel amat. Di bawah ini kami kongsikan resepi kuih tako yang dikongsikan oleh Saleha Maarof di laman Facebook. Jom baca resepinya.

Resepi Kuih Tako

kuih tako
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daun pandan,
  • Tepung jagung,
  • Santan,
  • Gula,
  • Garam,
  • Jagung tin.

Bahan Lapisan Hijau :

  • 3 cawan tepung jagung,
  • 3 cawan gula,
  • 1 ½ jug air.

Bahan Lapisan Putih :

  • 3 cawan kecil tepung,
  • 2 kotak santan,
  • 1 ½ jug air.

Cara-cara :

  1. Basuh bersih daun pandan. Gunting daun pandan ikut saiz yang kita inginkan. Buat bentuk kotak.
    kuih tako
    Imej via Facebook
  2. Blend daun pandan untuk buat bahagian bawah kuih.
  3. Bubuh bahan lapisan hijau dalam periuk. Sukatan bergantung banyak jumlah kuih. Sukatan 3 cawan ini boleh dapat dalam 100 bekas kuih.
  4. Kacau kesemua sehingga rata baru bubuh di atas api. Kacau dengan api sederhana.
  5. Masukkan jagung tin tadi. Kacau sampai pekat.
  6. Tengok sampai masak keadaan bahagian hijau ini, kalau pekat sangat boleh tambah air panas. Jangan cair nanti tidak cantik masa masukkan bahagian putih.
  7. Bila sudah masak bahagian hijau, kecilkan api, tuang ke dalam bekas daun pandan yang sudah siap satu-persatu. Bubuh separuh.
  8. Masak bahagian puti pula. Campur semua bahan bahagian putih. Ikut ingin lemak macam mana.
  9. Bubuh garam secukup rasa. Kacau rata bahan dalam periuk baru naikkan ke atas dapur.
  10. Kacau rata setiap masa takut bahan jadi berketul. Jika rasa sudah cukup masin lemak dan masak, boleh tuang ke bahagian atas kuih. Penuhkan sampai permukaan daun yang sudah siap dibentuk tadi.
  11. Tunggu sejuk. Boleh simpan dalam peti ais. Makan sejuk lagi nikmat.
  12. Kalau ada lebihan bancuhan boleh terus bubuh dalam bekas jernih.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuih tako, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *