Resepi Kuih Permata Zamrud (Memukau Selera)

Pada perkongsian kali ini, kami akan bawakan resepi kuih permata zamrud. Kuih ini mempunyai rasa lemak manis dan ianya sungguh enak.

Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru, anda wajib mencuba resepi yang kami kongsikan pada kali ini. Pastinya anda semua akan terpukau dengan hasilnya nanti.

Resepi kuih permata zamrud yang memukau ini telah dikongsikan oleh Zura Zul di akaun sosial Facebook miliknya. Mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut!

Resepi Kuih Permata Zamrud

image via Facebook

Bahan – bahan:

Adunan Hijau:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu kecil tepung gandum.. Tak nak letak pun boleh
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • Sedikit garam

Adunan Putih:

  • 2 cawan santan KARA + dengan 1 cawan air
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)

Cara – cara penyediaannya:

Adunan Hijau:

  1. Satukan kedua tepung dlm bekas. Masukkan sedikit garam dan gaul hingga rata.
  2. Masukkan air dengan pewarna hijau. Tuang sikit demi sedikit ke dalam tepung. Jika kurang air, tambahkan sedikit. Uli dan jadikan doh seperti kuih onde-onde atau buah melaka.

Adunan Putih:

  1. Bancuh semua bahan dan kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan .
  2. Masak atas api perlahan hingga sedikit likat. Pastikan bahan sentiasa dikacau. Tutup api.
  3. Acuan kuih lompang (saiz besar) disapu dengan sedikit minyak. Bulat-bulatkan doh yang sudah siap. Kemudian leperkan. Masukkan inti kacang merah yang sudah dibulat-bulatkan kemudian bulatkan semula doh.
  4. Kemudian tuang adunan putih ke dalam acuan lompang separuh acuan. Selepas itu, masukkan doh hijau di tengah.
  5. Panaskan kukusan sehingga betul-betul mendidih. Kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana besar.
  6. Sejukkan dulu dan guna lidi pencukil untuk keluarkan kuih dari acuan. Sedia untuk dihidangkan.

P/s: Inti kacang merah boleh didapati di kedai bakery.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Total
6
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *