Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tepung Boko Ubi Kayu (Resepi Legend!)

author name

📄

Tepung Boko Ubi Kayu merupakan salah satu kuih muih yang berasal daripada Kelantan. Walaupun pada namanya terdapat tepung, resepinya pula sebaliknya. Tiada lansung penggunaan tepung didalam hidangan ini.

Resepi tepung boko ubi kayu ini pernah menjadi tular. Mungkin kerana rasanya yang lazat serta ianya mudah untuk disediakan. Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kenalah sediakannya sendiri!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Azlina Mohamed Ina dan mendapat banyak perkongsian dan likes di Facebook milik beliau. Apa tunggu lagi, jom tengok!

Resepi Tepung Boko Ubi Kayu

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cawan ubi kayu (disagat)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil pewarna kuning

Kelapa Santan

  • 1 kotak santan kara 200ml
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Daun pandan simpul

Langkah – langkah penyediaan:

  1. Ubi disagat menjadi tiga cawan. Ubi juga boleh dikisar, tetapi selepas kisar, tapis ubi dan buangkan airnya.
  2. Masukkan gula, air, garam dan pewarna kuning bersama sama dengan ubi.
  3. Gaulkan adunan sehingga sebati.
  4. Kukus selama 35 minit.

Kelapa Santan

  1. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk.
  2. Kacau atas api yang perlaham.
  3. Apabila sudah pekat, tutupkan api dan boleh dimakan bersama ubi.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *