,

Resepi Bahulu Lembut Pandan Simple Sangat Dengan 3 Bahan Utama Je

Oleh:

 Resipi kali ini merupakan resepi kuih tradisional yang sebenarnya boleh anda sediakan sendiri di rumah. Bahulu biasanya dihidang ketika hari raya kerana ia tahan lama. Suatu masa dahulu orang kita makan bahulu bersama secawan kopi tanpa gula ini kerana rasanya yang manis itu akan potong gula didalam kopi dan oleh kerana gula mahal maka gula tidak ditambah didalam air kopi. Bijakkan orang dulu-dulu?.

Namun dalam perkongsian kali ini tidak seperti bahulu traditional resipi kali ini akan menghidangkan bahulu yang lebih lembut dan berperisa pandan, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan .

Bahan-bahan

  • 6 bji telur gred A
  • 200g gula halus
  • ½ tbsp emulco pandan
  • 1tsp ovalette

B

  • 200g tepung gandum

Kaedah

  • Pukul bahan A hingga gebu dan ringan, selepas itu masukkan bahan B dan kaup balik dengan menggunakan spatula atau senduk sahaja.
  • Masukkan adunan dalam acuan bahulu yang telah dioles dengan minyak dan dipanas didalam oven sekurang-kurangnya 10 minit
  • Bakar pada suhu 180c selama 20 minit atau bila telah garing dibahagian atasnya.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Petua membuat bahulu ialah acuannya perlulah dipanaskan didalam oven dahulu setelah ia dioles dengan sedikit minyak masak. Penyediaannya amat mudah dan ianya juga tahan lama cuma kerana ia sangat tidak tahan lama sebab laku keras terutama menjelang hari raya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini