Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Tepung Gomak Inti Kelapa Kenyal-kenyal Asyik

author name

Resepi berikut adalah resepi kuih tradisional yang sangat berasal dari pantai timur, khususnya Kelantan. Sebenarnya banyak kuih muih yang menarik dan sedap yang berasal dari sana kerana ianya bersempadan dengan negara Siam. Kreatif dalam menghasilkan kuih muih malah masakan yang sedap dan menarik telah menjadi identiti mereka.

Kuih gomak diperbuat dari tepung pulut dan diisi dengan inti kelapa walaupun ada juga sesetrangah resepi yang menggunakan inti kacang merah.Kemudian ia digaul dengan tepung kacang hijau. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepu ini berikut adalah bahan bahan yang digunakan.

Bahagian inti kelapa

  • I biji kelapa parut (bahagian putih sahaja)
  • Seketul besar gula melaka
  • 3 tbsp gula putih
  • 1 tbsp tepung gandum (tujuannya supaya inti mudah melekat)
  • 1 helai daun pandan disimpul.

Kaedah

  • Mula-mula masak gula melaka bersama gula putih, tambah sedikit air tapi jangan terlalu banyak, memadai gula itu larut.
  • Tambah sekali daun pandan.
  • Bila dan megelegak tambah kelapa parut dan gaul.
  • Tabur tepung gandum dan gaul sebati.
  • Ketepikan agar sejuk 

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung pulut
  • Secubit garam
  • ¾ cawan air 

Kaedah

  • Tambah garam pada tepung pulut dan gaul.
  • Kemudian tambah air sedikit demi sedikit atau hingga adauna diuli tidak lagi melekat.
  • Bentukkan bulat-bulat tidak terlalu besar atau kecil.
  • Tutup agar adunan ini tidak kering.
  • Isi inti kelapa dibahagian tengah kuih dan bulat-bulatkan.
  • Rebus adunan ini danbila timbul bolehlah diangkat dan toskan.
  • Kemudian gaul tepung kacang hijau yang boleh dibeli dikedai.

Bahan salutan

  • Tepung kacang hijau secukupnya untuk salut kuih tepung gomak.
  • Sangai dahulu sebelum digunakan.
  • Siap!

Kuih gomak ini sebenarnya sangat mudah untuk disediakan malah rasanya yang kenyal mirip dengn kuih mochi dan ianya mempunyai peminatnya yang tersendiri, jadi jangan lupa cuba resepi ini ye!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.