Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lepat Ubi Menu Minum Petang Paling Terbaik Weh

Lepat merupakan sejenis kuih yang dikukus dan merupakan salah satu kuih tradisional yang lazimnya dihidangkan dalam jamuan minum petang. Lepat ubi diperbuat daripada ubi kayu yang disagat sebelum digabungkan beberapa bahan dan dibalut dengan daun pisang yang kemudiannya dikukus. Kali ini, kami bawakan resepi ini khas buat anda semua!

Bahan – bahan untuk resepi lepat ubi ini amat mudah untuk didapati. Diantara bahan – bahannya termasuklah ubi, gula merah, kelapa parut dan santan. Selain itu, cara pembuatannya juga mesra amatur, oleh itu sesiapa sahaja boleh menyediakannya. Jom kita lihat bahan – bahan dan cara pembuatan lepat ubi ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Anaman Aariz dan mendapat banyak shares serta komen positif di Facebook milik beliau.

Resepi Lepat Ubi

lepat ubi
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cawan ubi sudah siap diparut (perah dengan kain jarang, apabila pati sudah mendap ambil dan campurkan ke dalam adunan ubi)
  • 1 setengah cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
  • 1 kotak santan (jenama kara)
    Boleh juga tambah lebih santan mengikut citarasa anda
  • 1/2 sudu teh garam

Cara – cara memasak:

  1. Campur kesemua bahan di dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  2. Sebelum itu, siapkan daun pisang yang sudah layur di atas api, lap bahagia dalam daun pisang dan potong setiap satu selebar 5 inci.
  3. Letakkan 1 sudu setengah adunan ke dalam daun dan balut kemas.
  4. Letak ke dalam pengukus dan kukus selama 40 minit.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!