Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Putu Mayam Sedap Asli (Yang Mudah)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi makanan tradisional India yang telah lama datang ke tanahair kita ini. Kini ia menjadi antara kuih yang digemari pelbagai bangsa dibumi bertuah ini. Pembuatan putu mayam bermula dengan mengaul tepung beras bersama air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan tali bebenang seperti mee. Kemudian ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini biasanya dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi dan cara untuk membuat putu mayam ini.

Resepi Putu Mayam Sedap Asli (Yang Mudah)
Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras.
  • 2 cawan + 1/2 sudu teh air.
  • ½  sudu teh aram.
  • 2 sudu teh minyak masak.
  • Peralatan: Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).

Kaedah

  • Didihkan air dan masukkan garam dan minyak. Bila air mula mengeluarkan gelumbung udara pertama, matikan api dapur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam air panas dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada bahagian kecil untuk muat dalam acuan. Buat semasa tepung masih lagi panas.
  • Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus atau sediakan daun pisang dipotong bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila telah masak dan mengalihkan kepada bekas hidangan.
  • Kukus 8-10 minit. Keluarkan dan hidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau.

Pastikan anda membeli tepung beras jenis berkualiti untuk mengelakkan ia menjadi warna perang dan keras. Bagaimanapun anda boleh memilih pelbagai jenama tepung beras yang selalu digunakan untuk membuat kuih seperti jenama Gajah 3 atau seumpamanya.

Jadi jangan lupa mencuba resepi ini, terutamanya bila anda ingin menjamu keluarga dan mereka yang tersayang. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *