Resepi Kaswi Pandan Gedik Chef Zaidah Kena Cuba Sebab Senang Confirm Sedap
Resepi kali ini adalah resepi kaswi gedik yang sedang viral. Resepi yang saya kongsikan kali inj adalah dari perkongsian Che Zaidah Ibrahim. Walaupun ada banyak resepi kaswi pandan tapi resepi yang saya dapatkan ini amat sedap. Bahan yang digunakan dalam resepi ini pun amat ringkas seperti tepung gandum, tepung ubi dan juga air pandan. Air pandan dimasak lebih awal dan biarkan ia sejuk sebelum digunakan.Kuih kaswi dimasak dengan kaedah kukus dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan kering
- 100g tepung gandum
- 120g tepung ubi
- ½ tsp garam
Bahan air pandan
- 450g air + daun pandan secukupnya (kisar dan tapis)
- 150g gula pasir
- 1 tbsp pandan emulco (pilihan)
Bahan lain
- 50g santan
- 1 ½ air kapur
- 1 biji kelapa parut (bhgn putih)
Kaedah
- Untuk buat air pandan masak air pandan,gula dan emulco hingga gula larut dan sejukkan sebentar.
- Masukkan semua bahan kering dalam 1 mangkuk besar.
- Masukkan air pandan dan santan sambil kacau agar tepung tak berketul.
- Akhir sekali masukkan air kapur dan kacau hingga sebati semuanya.
- Tapi dalam jug yang sesuai dan tuang dalam acuan pilihan anda.
- Kukus 15-20 minit atau hingga permukaan kaswi keras.
- Kukus kelapa parut dan tambah garam, gaul.
- Sebelum dihidangkan gaul kaswi dengan kelapa.
- Siap!
Kelapa parut perlu gunakan yang putih sahaja dan walaupun sesetengah orang kukus dulu kelapa parut untuk jadikan ia tahan lama, saya pula hanya menggunakan microwave sahaja. Bagaimanapun kaswi ini amat sedap walaupun dimakan begitu sahaja tanpa kelapa. Jadikan ia sebagai hidangan minum petang anda atau hidangkan dalam majlis kenduri kendara. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.