KUIH TAKO SENGKUANG CINA

KUIH TAKO SENGKUANG CINA

Lapisan Bawah:

25 gm tepung hoen kwe hijau @ 3 sudu besar
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina – di potong dadu
Lapisan Atas:
25 gm tepung hoen kwe putih
2 cawan sartan – 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air
Secubit garam

Cara2:
1. Lipat daun pandan mnjadi kotak dn susun kotak pandan atas tray. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
2. Satukan semua bahan lapisan bawah dalam kuali dan masak atas api sederhana sambil mengacau hingga ia meletup-letup dan pekat, terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi. Ketepikan.
3. Kemudian buat pula lapisan atas. Satukan semua bahan lapisan atas dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup-letup kecil, terus tutup api.
4. Pastikan lapisan bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih. Tuang perlahan2 dari bahagian tepi dulu supaya ia tak bolos ke lapisan bawah.
5. Simpan dalam peti ais sbb kuih ni lebih sedap dimakan dingin.
.
.
Selamat mencuba…. 🙂 LIKE Ibu Resepi
Silalah share ye. Jika ingin share, komen “SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
.
TAG rakan anda sekali, boleh diorang masak untuk anda nanti 🙂
.
#iburesepi
.
Kredit >>> wendyinkk