Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Maggi Goreng Kampung Inpirasi Oleh Selebrati Sheila Rusly

author name

📄 ,

Resipi kali ini merupakan inspirasi daripada masakan chef ataupun selebriti terkenal iaitu Sheila Rusli. Saya dapatkan resipi ini daripada IG beliau dan anda juga harus mencuba resepi ini. Bahan-bahan digunakan sama macam membuat nasi goreng kampung seperti bawang putih, cili api dan ikan bilis, manakala sayur digunakan biasanya kangkung. Masakan ini sangat sesuai bagi peminat makanan segera Maggi dan dihidangkan terutamanya di waktu malam ketika bila anda tak ada idea nak masak apa dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan .

Bahan-bahan

  • 1 pek maggi kari
  • Cili api 5 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan bilis setengah genggam
  • Sayur kangkung (saya guna sawi je)
  • Cili sos dan kicap sedikit.

Kaedah

  • Rebus maggi hingga lembut dan toskan sebentar.
  • Tumbuk cili api bersama bawang putih dan juga ikan bilis hingga hancur.
  • Tumis bahan tumbuk hingga masak sepenuhnya.
  • Tambah sayur dan masukkan maggi rebus tadi bersama ½ pek serbuk perasa karinya.
  • Kacau dan masukkan sos cili dan sedikit kicap jika suka.
  • Masak hingga ia sebati dan mee garing.
  • Hidangkan bersama 1 bij telur mata kerbau.
  • Siap!

Untuk membuatnya ini lebih pedas anda boleh menambah sukatan cili api dan anda juga boleh taburkan ikan bilis goreng di atasnya seperti mana nasi goreng kampung dihidangkan. Penggunaan kicap dan sos cili perlu digunakan hati-hati kerana jika tidak ia boleh menambahkan rasa masin sekali gus mencacatkan rasa maggi mee yang sedap.Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.