Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Milk Tea Boba Senang Giler Rupanya

Milk tea boba adalah salah satu kegilaan minuman viral kebelakangan ini. Ianya diperbuat daripada teh, susu segar, gula merah dan juga boba. Boba adalah sejenis bahan yang ditambah di dalam minuman yang popular di negara Taiwan. Ianya mempunyai rasa kenyal- kenyal dan manis. 

Minuman ini agak mahal dijual di pasaran, namun begitu sebenarnya anda juga boleh menyedia nya sendiri di rumah. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Bahan-bahan

  • Boba atau tapioca pearl (beli dikedai bekal bakeri)
  • Fresh milk (anggaran sendiri)
  • Air teh pekat ( rendam teh dan sejukkan)
  • Air gula merah (buat lebih awal)

Kaedah

  • Rebus bijian boba sehingga timbul, kemudian basuh dibawah air paip.
  • Toskan dan gaul dengan air gula merah, ketepikan.
  • Untuk sediakan milk tea boba, mula-mula tambahkan boba yang telah digaul dengan air gula merah.
  • Kemudian curah air gula merah sekeliling gelas.
  • Masukkan air batu sehingga penuh.
  • Masukkan susu segar hingga ¾ tinggi gelas.
  • Akhir sekali masukkan air teh sehingga memenuhi gelas.
  • Siap untuk dinikmati!

Boba boleh di sediakan sendiri namun begitu ia juga ada dijual di kedai yang membekalkan barangan bakeri. Anda haruslah merebusnya terlebih dahulu dalam masa 30 minit atau sehingga ianya timbul. Selepas itu toskan dan basuh agar kanjinya  dapat dibuang. Selepas itu gaul ia dengan air gula merah sebelum digunakan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!