Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Stuffed Tofu Pok Sumbat Ala Johny Special Steamboat

author name

📄 ,

Resepi kali ini ini inspirasikan daripada steamboat Johny’s dimana ia menggunakan tauhu pok dan diisi dengan inti ayam, hidangan ini merupakan salah satu pilihan yang terdapat dalam set steamboatnya. Steamboat merupakan hidangan popular orang Jepun dan Korea dimana ia dihidangkan dalam keadaan api dipasang agar sup sentiasa panas dan makanan pilihan kita akan dicelur sebelum dicicah dengan sos yang amat sedap. Stuffed tofu atau tofu sumbat ini merupakan salah hidangan yang sedap dan amat sesuai bagi peminat tofu, jom kita lihat apakah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 pek tofu pok (yang digunakan untuk tauhu bergedil)
  • Inti ayam
  • Isi ayam 500g
  • Serbuk bawang putih
  • Serbuk bawang merah
  • Lada sulah
  • Serbuk cukup rasa maggi/kiub ayam
  • 1 tsp tepung jagung (saya tak letak)

Kaedah

  • Gunting secara silang bahagian atas tofu hingga terbuka.
  • Campurkan isi ayam dengan semua bahan lain dan gaul rata.
  • Sumbat kedalam tauhu pok dan sedia untuk digunakan.
  • Siap!

Selain daripada inti ayam anda juga boleh menggunakan daging ataupun udang sebagai inti.. Dan bagi anda yang menggemari steamboat ataupun masakan bersup seperti tom yam anda boleh mencuba sendiri tofu sumbat ini dan hidangkan bersama sup kegemaran anda.Kalau di Jepun atau Korea steamboat dihidangkan di musim sejuk tapi dinegara kita ini ada musim hujan, jadi sesuai sekali kalau dihidangkan untuk santapan sekeluarga. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Tauhu Sumbat Bergedil

Resepi Tauhu Sumbat Ayam

Resepi Cendawan Enoki Butte

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.