Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tauhu Sumbat Bergedil (Laku Keras!)

author name

Tauhu sumbat bergedil ini merupakan sebuah menu yang sesuai dijadikan hidangan minum petang. Ia agak popular sejak akhir-akhir ini. Jika sebelum ini tauhu sumbat hanyalah menggunakan tauhu yang digoreng kemudian dibelah dan diisi dengan sayur seperti tauge, timun dan lobak merah. Namun tauhu sumbat bergedil pula menggabung bergedil didalam tauhu kering.

Tauhu sumbat biasanya dimakan bersama sos merah, manakala tauhu sumbat bergedil pula dimakan bersama sos kicap yang lazimnya dimakan bersama pisang goreng yang lazimnya popular di negeri Johor.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Maya Miera dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!

Resepi Tauhu Sumbat Bergedil

tauhu-sumbat-bergedil
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kentang 5-6 biji 
  • Daging kisar jenama Ramly sekeping
  • Tauhu kering +- 30 ketul 
  • Daun sup dan daun bawang 
  • Bawang goreng 2-3 sudu
  • Garam 1 sudu
  • Lada hitam 1 sudu besar
  • 1 Kiub Ayam
  • Sebiji cili (dihiris)

Cara – cara memasak:

  1. Kupas kentang, potong dan goreng.
  2. Daging kisar goreng sehingga masak,ketepikan
  3. Bila kentang dah suam. Masukkan semua bahan – bahan ke dalam chopper. Biarkan hancur dan sebati semua. 
  4. Tauhu kering tu potong pada bahagian atas, buang isi dan boleh sumbat kentang ke dalam.
  5. Pukul telur 3 biji, dan celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas. 

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *