Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cili Bergedil Lebih Sihat Lebih Pedas Berapi

author name

Resipi kali ini merupakan sejenis hidangan yang sesuai dijadikan sebagai pembuka selera. Cili bergedil ini diinspirasikan dari tauhu bergedil, yang biasanya diisi dengan inti yang diperbuat dengan kentang isi ayam dan beberapa bahan lain. Kemudian inti ini disumbat kedalam tauhu pok. Cuma bezanya bahan yang digunakan didalam resipi ialah cili dan ia juga tidak menggunakan kentang.

Antara bahan digunakan ialah isi ayam dan juga serbuk bawang. Sebelum digoreng cili sumbat ini akan dicelup dengan telur sama seperti tauhu bergedil. Hasilnya bukan sahaja menarik tetapi juga sedap sekali. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Cili hijau saiz besar dibelah dan dikeluarkan bijinya.

Bahan-bahan inti ayam

  • Isi ayam (kisar halus)
  • 1tsp serbuk bawang
  • 1tsp serbuk garlic
  • 1tsp serbuk halia
  • 1tsp serbuk lada sulah
  • 1tsp tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Daun bawang (hiris nipis)
  • Garam dan serbuk perasa

Kaedah

  • Gaul semua bahan hingga sebati.

Bahan lain

  • Sebiji telur dipukul sebati
  • Penyediaan Cili Bergedil
  • Sumbat isi ayam kedalam cili hijau.
  • Sediakan kuali dan minyak panas.
  • Kemudian celup cili dengan telur dan goreng hingga garing.
  • Siap!

Cili yang sesuai digunakan didalam resipi ini ialah cili hijau namun cili merah juga menarik dan lebih sedap.Apatah lagi bila dicicah dengan sos kicap atau sos cili,diharap akan mencuba resipi sebagai hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.