Resepi Tauhu Terbalik Yang Merbeles Tangkap Leleh

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi pembuka selera yang telah menjadi viral sejak akhir akhir ini. Tauhu terbalik disediakan menggunakan sejenis tauhu yang danggil tauhu pok.Tauhu pok ialah sejenis tauhu kering yang digoreng, ia mempunyai saiz 4 segi seperti kuib. Didalamnya kosong dan biasanya ai diisi dengan inti sebelum digoreng.

Namun begitu perkongsian kali ini akan menunjukkan kepada anda cara membuat tauhu terbalik menggunakan tauhu pok. Namanya tauhu terbalik kerana tauhu pok ini akan diterbalik sebelum diisi dengan inti dan kemudian digoreng. Ianya amat menarik anda harus mencubanya sendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Tauhu pok
  • Isi ayam dicincang
  • Isi udang dicincang
  • Bawang besar dihiris halus
  • Daun sup dihiris halus
  • Kiub ayam
  • Lada hitam
  • Telur ayam

Kaedah 

  • Lakukan belahan silang keatas tauhu itu dan keluarkan isi tauhu tersebut dan dan asingkan
  • Terbalikkan tauhu tersebut (inside out)
  • Keluarkan isi yang terdapat dibahagian dalam tauhu pok dan asingkan.
  • Campurkan isi tauhu dengan bahan-bahan lain.
  • Kemudian isikan ia dengan bahan-bahan yang digaul tadi.
  • Goreng tauhu sehingga keperanggan

Bahan-bahan sos (pilihan)

  • Cili merah
  • Bawang putih
  • Bawang kecil
  • Halia
  • Sos nam pla (sos ikan)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cuka/asam limau

Kaedah

  • Kisar semua bahan
  • Masak sehingga naik bau dan pekat.
  • Hidang bersama tauhu terbalik.

Tauhu terbalik ini mempunyai rupa yang menarik, kerana apabila ia di terbalik ia akan kelihatan seperti bunga. Oleh itu ia juga sesuai untuk dijadikan hidangan dalam majlis perkahwinan sebagai lauk pengantin. Namun yang paling penting rasanya amat sedap dan anda haruslah mencubanya sendiri. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *