Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tauhu Sumbat Sambal Kacang (Sedapnya Bikin Ketagih)

Siapa disini penggemar tauhu sumbat? Jika kebiasaannya tauhu sumbat dimakan dengan kuah kicap pedas, lain halnya dengan Zahris Man yang berkongsikan resepi tauhu sumbat sambal kacang.

Lazat berselera, mungkin itulah frasa yang boleh menggambarkan kesedapan makanan satu ini. Rugi jika anda tidak cuba!

Tauhu sumbat dengan rasa tradisionalnya penuh dengan sayuran di dalamnya, dimakan dengan sambal kacang yang manis-manis pedas amat menggoda selera.

Tauhu sumbat sambal kacang sesuai untuk kudapan minum petang. Selain itu, resepi ini boleh digunakan untuk berniaga. Sekali rasa mesti nak lagi!

Resepi Tauhu Sumbat Sambal Kacang

tauhu sumbat kuah kacang
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kacang tanah RM1,
  • Bawang merah kecil 6 ulas,
  • Bawang putih 5 ulas,
  • Cili kering 10 tangkai digunting-gunting,
  • Cili padi 7 biji dibelah dua,
  • Belacan agak-agak,
  • Air asam jawa,
  • Gula melaka 1 biji yang kecil,
  • Sedikit garam untuk melemakkan.

Cara-cara :

  1. Mula-mula kacang tanah digoreng terlebih dahulu.
  2. Jika sudah agak perang, angkat dan tos minyaknya.
  3. Satukan bawang merah kecil, bawang putih, cili kering, cili padi dan belacan. Lalu digoreng hingga masak, angkat dan ketepikan.
  4. Kacang tanah tadi diblender atau ditumbuk separuh halus. Sedap yang macam ini, bila makan masih terasa lagi kacangnya. Asingkan.
  5. Blender pula rempah yang tadi; bawang merah dan putih, cili kering, cili padi dan belacan.
  6. Jika sudah siap diblender, masukkan semua bahan dalam mangkuk kacang tadi, gaulkan sebati.
  7. Masukkan air asam jawa yang dicampur dengan air masak, gaul sebati lagi.
  8. Masukkan gula melaka dan garam.
  9. Rasakan kuahnya. Bila sudah cukup rasa, boleh dimakan dengan tuahu sumbat.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tauhu sumbat sambal kacang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!