Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Sotong Limau Purut (Confirm Anda Suka!)

author name

Anda inginkan variasi dalam masakan anda? Apa kata anda cuba resepi sambal sotong limau purut ini? Dengan tambahan daun limau purut, ianya lebih melazatkan!

Resepi Sambal Sotong Limau Purut ini tidak menggunakan bahan yang susah untuk dicari. Ianya juga amat lazat dan memberi rasa yang lain dari yang lain tau!

Resepi ini dibawakan oleh Joha Hassan II dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Apa tunggu lagi? Jom tengok!

Resepi Sambal Sotong Limau Purut

Resepi Sambal Sotong Limau Purut
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 ekor sotong segar (bersihkan dan hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (dititik)
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 kuib ikan bilis
  • 1 mangkuk cili kering kisar
  • 2 sudu besar tomato sos
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak masak

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk dan rebus sotong dalam 5 minit (setengah masak), toskan dan ketepikan.
  2. Pansakan minyak di dalam kuali, letakkan bawang hiris dan bawang putih. Apabila bawang layu, letakkan daun limau purut, cili kisar dan kuib ikan bilis.
  3. Tumis di api kecil sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, letakkan garam dan gula secukup rasa bersam tomato sos.
  5. Tuangkan sotong yang sudah direbus ke dalam kuali.
  6. Gaulkan sambal dan sotong supaya sebati.
  7. Masak sotong sehingga masak.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *