Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Goreng Jawa (Ringkas Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu sampingan yang popular dari orang Jawa. Sambal goreng jawa merupakan sebuah hidangan yang yang mengandungi pelbagai bahan yang telah digoreng terlebih awal dahulu. Kentang ,tempe dan tauhu digoreng sehingga garing. Kemudian bahan-bahan lain akan ditambah bagi menaikkan rasanya dahulu.

Hidangan ini merupakan ‘signature dish’ orang Jawa yang biasanya dihidangkan bersama nasi ambeng. Nasi ambeng merupakan sebuah hidangan yang kebiasaanya dibekal semasa kenduri kendara kepada tetamu yang datang. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Sambal Goreng Jawa (Ringkas Sedap)
Bahan-Bahan 

A

  • 5 biji kentang – dipotong dadu
  • 6 keping tauhu – dipotong dadu
  • 5 keping tempe – dipotong dadu
  • *buh garam & serbuk kunyit pada tempe sebelom goreng*

B

  • Bawang merah 12 biji
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang besar 1 biji
  • kiub pati ikan bilis atau sedikit belacan yg telah dibakar ( optional )

C

  • Cili kering 1 genggam – potong buang biji, rebus, toskan. Lepas tu blendkan dgn sedikit air dan minyak.
  • Udang putih (pilihan)
  • Suhun 2 paket besar – rendam & toskan. 
  • Fucuk – potong kecil, rendam & toskan.
  • Halia 1 inci – diketuk
  • Cili kering 10 tangkai – dihiris nipis
  • Cili hijau 5 tangkai – dihiris seron
  • Kicap lemak manis
  • Kicap pekat
  • Kicap masin
  • Garam & gula secukup rasa.

Kaedah

  • Goreng bahan A,ketepikan.
  • Kisar bahan B, ketepikan.
  • Hiris bahan-bahan C.
  • Mula-mula tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan C satu persatu bermula dengan cili kering yang telah dikisar.
  • Biarkan sampai garing dan masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan.
  • Masukkan kicap pekat sikit, kicap lemak manis, kicap masin.
  • Kemudian masukkan bahan yg dah digoreng, gaul rata. 
  • Masukkan suhun dan fucuk, cili kering serta cili kering yg telah dihiris tadi. 
  • Gaul rata.
  • Siap untuk dihidangkan.

Sambal goreng jawa ini selain dihidang bersama nasi ambeng, ia juga sesuai dibuat menu sampingan makan utama. Masakan ini juga elok untuk kesihatan kerana ia mengandungi tempe dan tauhu yang terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Selain dari itu, sambal goreng ini juga sangat mengenyangkan, anda boleh mengurangkan kandungan nasi kerana lauk ini sudah mencukupi. Oleh itu jangan lupa untuk mencuba resepi ini ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!