Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Hijau Ikan Tenggiri ( Masakan Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang mudah dan ringkas. Lazimnya ia dihidangkan sebagai menu makan tengahari. Menu tenggiri sambal hijau ini adalah inovasi dari sambal ijo masakan dari Padang Indonesi. Namun ia diubah suai mengikut citarasa orang kita. Sambal ijo biasanya dimasak secara berasingan dan dinikmati sebagai menu sampingan. Berbeza dengan tenggiri sambal hijau, ia digaul bersama dengan ikan tenggiri yang telah digoreng terlebih dahulu.

Masakan ini sangat ringkas dan cepat, jadi ia sangat sesuai bagi anda yang selalu sibuk berkerja dan mahu sesuatu yang ringkas tetapi sedap. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Sambal Hijau Ikan Tenggiri ( Masakan Ringkas)

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tenggiri papan saiz sederhana (bersih dan potong beberapa bahagian)

Bahan kisar

  • 15 biji cili api 
  • 5 biji cili hijau 
  • ½ labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 cawan minyak masak

Kaedah

  • Sapukan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit. 
  • Rebus dahulu bahan-bahan yang hendak dikisar tadi.
  • Kemudian kisar ia menggunakan pengisar kering agar ia tidak terlalu lumat,ketepikan.
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga garing.
  • Ketepikan dan asingkan separuh minyak tadi dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga wangi dan pecah minyak. 
  • Masukkan ikan yang sudah digoreng, kacau rata. 
  • Siap.

Resepi ini menggunakan banyak cili hijau bersama cili api hijau, anda boleh menganggarkan sukatan nya untuk mengawal rasa pedasnya. Ikan yang Madam gunakan kali ini ialah ikan tenggiri papan, berbanding ikan tenggiri saiz besar yang biasa dijual. Ini kerana ikan tenggiri papan mempunyai rasa yang lebih manis dan lebih sedap. Tambahan pula harganya pula sedikit murah berbanding ikan tenggiri biasa.Apapun cubalah resepi ringkas ini, sebagai hidangan untuk mereka yang tersayang. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!