Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Belacan Isi Ikan Sedap Confirm Nak Lagi Weh!

Sambal belacan selalunya hanya mengandungi empat bahan asas iaitu belacan, cili api, bawang merah dan bawang putih. Kali ini, kami bawakan kepada anda resepi sambal belacan isi ikan yang lebih unik dan pastinya memuaskan selera anda. Ianya juga sesuai dimakan bersama nasi dan juadah lain, bergantung kepada selera si pemakan!

Sambal belacan isi ikan sebenarnya ringkas dan mudah untuk disediakan. Ianya sesuai untuk disediakan kerana anda tidak perlu bakar atau goreng bahan – bahannya. Kemudian, anda masukkan ikan kegemaran anda untuk melengkapkan hidangan ini. Digabungkan pula dengan kemasaman limau kasturi, pasti sedap sangat!

Resepi ini telah pun dikongsikan oleh Mariana Abd Majid dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Sambal Belacan Isi Ikan

sambal belacan isi ikan
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Cabai hidup *
  • Cili padi *
  • Belacan *
  • Garam kasar *
  • Air asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sebiji limau kasturi
  • Isi ikan rebus (temenung/sardin)

Cara – cara memasak:

  1. Tumbuk kesemua bahan bertanda (*) supaya lumat.
  2. Masukkan air asam jawa dan sedikit gula.
  3. Gaul kesemuanya.
  4. Perah sebiji limau kasturi.
  5. Masukkan isi ikan rebus (temenung/sardin)
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!