Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Ayam (Versi Bali!)

author name

📄 ,

Sambal Ayam versi Bali ini pernah menjadi terkenal beberapa seketika. Ini kerana rasanya pedas dan amat lazat. Ianya juga mudah untuk disediakan, dan menggunakan bahan yang amat mudah untuk didapati.

Sambal Ayam Bali ini boleh disediakan buat makan malam ataupun tengahari, bergantung kepada anda. Ianya juga boleh dimakan seisi keluarga.

Resepi ini dikongsikan oleh Shakila Abd Latif dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Sambal Ayam

sambal-ayam
image via Facebook

Bahan – bahan:

Seekor ayam lumur dgn garam & kunyit. Goreng separuh masak.

  • 6 batang serai diketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sb kicap manis

Dikisar halus:

  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering (direbus)

Cara – cara memasak:

  1. Gunakan minyak goreng ayam tadi utk menumis. Kira-kira 2 senduk.
  2. Goreng serai sehingga garing, masukkan daun kari.
  3. Masukkan bahan kisar & tumis sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan kicap manis. Masukkan ayam yg telah digoreng & dikacau rata sehingga sambal menyaluti ayam.
  5. Tambahkan garam, gula atau serbuk perasa. Ayam sambal bali siap utk dihidang!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *