Resepi Asam Pedas Tenggiri Johor Kaw-kaw Sedap

Resepi kali ini merupakan satu lagi masakan asam pedas dari negeri Johor yang menggunakan ikan tenggiri sebagai bahan utamanya. Asam pedas dari Johor menggunakan bahan yang tidak banyak beza berbanding asam pedas Melaka. Keduanya menawarkan rasa yang masam-masam dan pedas. Apa yang pasti masakan asam pedas merupakan antara menu yang mulai popular dan sentiasa mendapat permintaan terutama direstoran-restoran lima bintang.

Oleh itu apakata kita lihat apakah bahan-bahan yang cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan masakan ini.

Bahan-Bahan

  • 2-3 keping potongan ikan tenggiri
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup – ditumbuk
  • 1 batang serai – dititik
  • Sedikit belacan
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air biasa
  • 8-10 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato – dihiris
  • Garam dan gula

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (anggaran 5 minit).
  • Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, boleh masukkan kemudian)
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.

Jika anda suka masakan yang pedas, pilihlah cili kering yang pendek dan berkilat kerana kepedasannya amat ketara. Menu ini amat sedap dinikmati bersama nasi panas dan ulam-ulaman. Selain dari ikan tenggiri anda juga boleh menggunakan ikan pari atau jenahak. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *