Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Ikan Keli (Mudah Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai untuk dihidangkan sebagai menu makan utama seperti makan tengahari. Ikan keli merupakan antara ikan sungai yang paling digemari. Disebalik harganya yang murah ia mendapat permintaan yang tinggi kerana isinya yang sedap. Tambahan pula apabila kini ikan keli mula dikomersialkan menjadikan ia mudah didapati segar.

Ikan keli masak asam pedas kali ini agak berlainan, ini kerana ia mempunyai tambahan bahan rempah iaitu jintan manis dan pedas. Kedua rempah ini memberi satu aroma dan rasa yang kuat tetapi sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi kali ini.

Resepi Asam Pedas Ikan Keli (Mudah Sedap)

Bahan utama

  • Ikan keli sederhana 2 ekor ( bersihkan dan potong kecil)

Bahan kisar

  • Cili kering satu periuk kecil (gunting,rebus dan kisar
  • 4 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • ½ inci halia 
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1 inci belacan
  • Sedikit asam jawa untuk dilumur pada ikan dan dimasukkn ke dlm asam pedas)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Bersihkan dan potong kecil ikan dan lumurkan dengan sedikit asam jawa (dibiar untuk seketika)
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
  • Tambahan air asam jawa dan air hingga mengikut kepekatan yang diingini.
  • Kemudian bilas ikan, lumurkan dengan garam dan kunyit.
  • Apabila kuah mengelegak baru masukkan ikan, ini untuk mengelakkan ikan hancur.
  • Renih lagi beberapa minit, tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan.

Asam pedas ikan keli yang Madam kongsikan kali ini, sangat berbeza berbanding asam pedas Melaka atau Johor. Penggunaan jintan didalam masakan ini menerbitkan satu rasa yang sedap. Ia juga membantu untuk mengurangkan hanyir ikan keli. Bagi anda yang suka mencuba resepi baru, bolehlah mencuba resepi ini,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Asam Pedas Batang Keladi

Resepi Asam Pedas Tetel

Resepi Asam Pedas Ikan Cencaru


About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *