Resipi Ikan Bakar Tempoyak ( Seperti Direstoran)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi ikan bakar yang popular sejak akhir-akhir ini. Terutama apabila menggunakan ikan sungai seperti ikan talapia atau ikan patin. Seperti namanya ikan sungai ini dibakar bersama tempoyak dan cili padi serta serbuk kunyit atau kunyit hidup.

Ikan ini kemudian dibakar didalam daun pisang bersama daun kunyit. Daun-daun seperti ini memberikan satu aroma yang sedap, sekaligus menambah rasa pada ikan yang diguna. Terutama ikan sungai kerana ikan sungai adalah sedikit hanyir berbanding ikan laut. Berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk membuat ikan bakar tempoyak in

Resipi Ikan Bakar Tempoyak ( Seperti Direstoran)
Bahan utama

  • Seekor ikan talapia atau apa-apa jenis ikan sungai pilihan anda.

Bahan-bahan lain

  • Daun pisang anggaran seekor ikan ialah mengikut saiz ikan
  • Sehelai daun kunyit
  • 2 sudu besar tempoyak
  • Cili padi anggaran 10 biji 
  • Kunyit hidup
  • 1 sudu teh serbuk garam
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit sedikit.
  • Kisar cili padi dan tempoyak. Gaul rata dalam bekas lain.
  • Letakkan daun kunyit atas daun pisang dan letakkan separuh tempoyak
  • Letakkan ikan dan letak baki separuh lagi tempoyak tu.
  • Akhir sekali bungkjs ikan dengan daun pisang.
  • Bakar ikan sekejap sampai masak anggaran 5 minit dan terbalikkan, bakar lagi 5 minit. 
  • Angkat dan sedia untuk dihidang.

Jika anda suka, apabila ikan telah dibakar boleh juga disiram dengan sedikit jus limau. Namun begitu, oleh kerana tempoyak mempunyai rasa sedikit masam jus limau adalah satu pilihan. Ikan ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ulam ulaman. Ia tidak memerlukan banyak hidangan lain kerana tempoyak itu sendiri telah menyempurnakan hidangan ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Tempoyak Ikan Patin

Resepi Asam Rebus Tempoyak

Resepi Sambal Tempoyak Bilis Petai

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *