Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Thai (Macam Kedai)

Masakan Thailand tidak pernah tidak sedap. Apa jua jenis makanan ala Thai mesti menyelerakan. Kali ini kami akan berkongsi satu resepi ikan yang lazat. Ikan siakap tiga rasa.

Mungkin ada yang belum pernah makan sama sekali ikan siakap tiga rasa. Ruginya anda kalau tidak pernah cuba. Ikan siakap tiga rasa memberi sensasi rasa sedap yang tidak mudah dilupakan. Makan di rumah macam makan di kedai.

Hidangan ini bukan biasa-biasa. Ikan siakap tiga rasa dimasak dengan bahan-bahan pilihan sehingga terhasil tiga rasa berbeza dalam satu lauk iaitu rasa pedas, masam dan manis. Penggunaan bahan-bahan ini sesuai kiraan yang pas.

Rasa masam yang bercampur pedas mampu membangkitkan selera makan. Makan dengan nasi putih panas, padu sangat bertambah makan. Jom cuba resepi ikan siakap tiga rasa yang lazat dikongsikan olehĀ Maisara Nasirā€ŽĀ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai

siakap 3 rasa
Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung).

Bahan Tumis :

  • 1 biji bawang besar atau bawang Holland (dihiris dadu),
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus),
  • 1 inci halia (diketuk),
  • Setengah batang serai (dihiris halus),

Bahan Sos :

  • 2 senduk kecil cili kering kisar,
  • 3 sudu sos cili thai,
  • 3 sudu sos cili,
  • 2 sudu sos tomato,
  • 2 sudu sos ikan,
  • 1 sudu sos tiram.

Bahan Tambahan :

  • Lobak merah (dipotong dadu),
  • Nenas (dipotong dadu),
  • 1 biji tomato (dipotong dadu),
  • 5-10 biji cili padi (dipotong halus),
  • 1 biji cili merah besar (dipotong halus@dadu),
  • Sedikit air (untuk kuah),
  • 1 kiub pati ayam,
  • Secukup rasa Maggie,
  • Daun ketumbar (dihiris halus),
  • Daun limau purut (dihiris halus dan buang tulang),
  • Daun salad.

Cara-cara :

  1. Goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih.
  4. Tambah sedikit air, masukkan kiub pati ayam dan secukp rasa Maggie.
  5. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur dan nenas yang dipotong dadu tadi.
  6. Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar, siap. Selamat Mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi siakap tiga rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!