Resepi Siakap Goreng Berlada Thai Menu Dinner Paling Enak

Kali ini kami bawakan resepi makan malam yang sangat lazat dan sangat popular. Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah resepi siakap goreng berlada. Juadah ini sangat digemari oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan pangkat. Ini kerana, juadah siakap goreng berlada ini sangat lazat dan pasti akan membuat sesiapa yang menikmatinya teringat ingat.

Selalunya juadah ini boleh didapati di restoran Thai berhampiran. Namun begitu, kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda semua! Walaupun rasanya lazat dan mewah, ianya sangat mudah untuk disediakan. Lagipun, jika anda menyediakan sendiri di rumah, pasti lebih kena dengan tekak dan anda boleh menyediakan dalam porsi yang lebih besar serta mesra ekonomi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Marya Hj Ahmad dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Jadi, ayuh kita lihat resepi siakap goreng berlada yang sangat lazat ini!

Resepi Siakap Goreng Berlada

Resepi Siakap Goreng Berlada Thai Menu Dinner Paling Enak 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ikan siakap atau ikan kembong
  • 6 biji cili merah
  • 3-5 biji cili padi merah/hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang Holland (potong kiub)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar jus limau
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk ayam
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Minyak untuk menumis
  • Daun ketumbar
  • 2 helai daun limau purut (hiris halus)
  • 1 biji Capcicum merah/hijau
  • Sedikit carrot (slice halus)
  • Cili padi hijau merah

Cara – cara memasak:

  1. Goreng ikan siakap/kembong sehingga garing dan ketepikan
  2. Kisarkan cili dengan bawang putih sekejap sahaja (tidak halus sangat)
  3. Tumis bahan – bahan yang dah dikisar tadi bersama bawang yang dipotong kiub tadi dan masukkan sedikit air – garam gula dan kacau biar naik minyak.
  4. Masukkan sos ikan dan sos tomato
  5. Masukkan daun limau purut, carrot, cili padi, capcicum dan biarkan api dapur perlahan sehingga masak.
  6. Tuang atas ikan dan taburkan daun ketumbar.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!