kerabu bilis
|

Resepi Kerabu Ikan Bilis (Pedas, Rangup, Masam)

Kerabu ikan bilis sedap dimakan dengan apa ya?
Rupanya kerabu ikan bilis sedap juga dijadikan lauk makan dengan nasi putih, dengan sambal pedas sekali.

Makanan ini dibuat dengan menggaul ikan bilis goreng dengan bawang, kacang panjang, timun, cili, tomato dan serai. Kerabu ikan bilis kena diberi air asam limau. Kalau kurang rasa masam, tidak sedap.

Kerabu ikan bilis memiliki rasa masin, pedas dan masam. Ditambah lagi renyah sayur kacang yang rangup dimakan dengan nasi putih. Umph sedapnya tiada tanding. Mestilah makan berulang-ulang.

Resepi kali ini dikreditkan kepada Sampah Sarap yang dengan suka rela berkongsikan resepi kerabu ikan bilis di laman Facebook. Resepi senang 5 minit sahaja anda boleh cuba.

Resepi Kerabu Ikan Bilis

kerabu bilis
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis digoreng, asingkan.
  • Limau 3 biji ambil air saja,
  • *Tomato sebiji,
  • *Bawang sebiji setengah,
  • *Daun limau purut,
  • *Kacang panjang,
  • *Timun,
  • *Cili vietnam/burung 6-10 biji,
  • *Serai sebatang.

Cara-cara :

  1. Semua yang ada tanda * diracik. Masukkan dalam mangkok.
  2. Masukkan air limau, sos ikan 2 sudu. Jika tidak ada sos ikan diganti dengan sos tiram, gula 1 sudu, garam sehujung sudu, secukup rasa. Gaul semua.
  3. Masukkan ikan bilis. Jangan awal sangat masukkan ikan bilis kerna kalau awal nanti jadi lemau.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerabu ikan bilis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *