|

Resepi Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Style

Resepi ini merupakan resepi mudah namun sering mendapat perhatian dan sentiasa menjadi kesukaan ramai. Singgang ikan tenggiri ini sebenarnya saya cuba dari resepi singgang Terengganu. Berbeza dengan kebiasaan singgang yang berwarna singgang Terengganu menggunakan kunyit didalam resepinya. Kunyit mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh kita sebab itu ia banyak digunakan dalam masakan terutama masakan orang Asia. Baiklah bagi anda ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 2 potong ikan tenggiri

Bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 1 tsp lada hitam

Bahan hiris

  • 1 biji bawang besar potong baji
  • 3 ulas bawang putih potong dua sahaja
  • Cili api/cili besar (ikut pedas anda suka)

Bahan lain

  • 2 asam keping/ 1 tsp pes asam jawa
  • Bendi
  • Tomato
  • Garam dan ajinomoto

Kaedah

  • Dalam periuk masuukan bahan yang telah dikisar.
  • Tambah air dan juga asam keping atau asam jawa
  • Biarkan mengelegak baru masukan bahan hiris dan juga ikan tenggiri.
  • Bila ikan mulai masak masukkan bulan bendi dan tomato
  • Tambah garam dan ajinomoto.
  • Siap!

Bagi mengubahsuai masakan ini sesuai untuk wanita yang dalam pantang anda boleh elakkan penggunaan cili api sebaliknya guna lada hitam sahaja atau lada putih. Bendi dan tomato adalah pilihan kalau tak letak pun masakan ini sedap, selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts