Resepi Patin Tempoyak Ori Temerloh Bawa Terus Kerumah Anda

Oleh:

Resepi yang dikongsi kali ini merupakan resepi yang sangat popular berasal dari Pahang. Ikan patin tempoyak ini sering kali menjadi kontroversi kerana harganya yang mahal, salah satu sebabnya ialah kerana ikan patin liar yang digunakan ditangkap dari sungai. Tambahan pula penggunaan tempoyak yang wajib dalam masakan ini, antara bahan yang digunakan dalam resepi ini ialah daun kesum yang memberi aroma dan rasa yang amat menarik, baiklah berikut adalah bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Seekor ikan patin siap potong (bersihkan dan perap dengan asam dan garam)

Bahan kisar

  • Cili api segenggam
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Tempoyak 2 tbsp

Bahan lain

  • Secekak daun kesom
  • Asam keping (jika tempoyak kurang masam)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Masukkan bahan kisar dengan air secukupnya.
  • Tambah daun kesum dan garam secukup rasa.
  • Jika suka boleh tambah asam keping
  • Biarkan kuah mendidih dahulu baru masukkan ikan.
  • Perlahan-lahan kacau agar isi ikan tidak hancur.
  • Tutup api bila kuah mengelegak.
  • Siap!

Ikan patin ori yang digunakan dalam resepi ini dibeli terus dari Pahang. Ia adalah ikan patin yang diternak dalam sangkar didalam sungai. Walaupun bukan 100% ikan liar namun itu sudah cukup membuat ikan patin ini lebih sedap dan tidak hanyir. Jadi anda haruslah mencuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini