,

Resepi Sambal Ketuk Pedas Masam Tanpa Belacan

Oleh:

Resepi kali ini merupakan resepi yang berasal dari Negeri Sembilan.  Oleh kerana kadang kala masakan yang disediakan kurang pedas maka sambal ketuk ini digunakan untuk menambah kepedasan dalam masakan. Sambal ketuk ini biasanya dimakan dengan kuah-kuah seperti sup, singgang atau masak bening. Ia amat mudah untuk disediakan  malah ia juga tidak menggunakan belacan, antara bahan digunakan ialah cili api atau cili merah dan juga ikan bilis. Berbaloi untuk dicuba berikut adalah bahan-bahan dan kaedahnya.

Bahan-bahan

  • 10 ulas cili api/cili merah
  • Segenggam ikan bilis (rendam sekejap)
  • 2-3 buah kasturi (ambil jusnya)
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa

Kaedah

  • Tumbuk cili api hingga sedikit lumat
  • Tambah garam dan ajinomoto
  • Kemudian tambah ikan bilis dan tumbuk hingga ia pecah-pecah
  • Akhir sekali tambah jus limau kasturi
  • Siap

Bagi anda yang tidak tahan pada sambal yang pedas anda boleh ganti cili api dengan cili merah. Sukatan asam limau adalah mengikut selera anda kadangkala orang suka yang masam kadang kala sebaliknya jadi anggar sendiri sukatannya. Tambah dengan ulam dan hidangan anda akan lengkap, selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa

Tinggalkan komen di sini

[crp]