Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pes Ikan Bakar (Sesuai Untuk Semua Jenis Ikan)

author name

Ramai yang suka ikan bakar tapi tidak ramai yang pandai masak sedap. Rasa ikan bakar yang lazat dan sedap bergantung kepada pes yang dibuat.

Namun, tidak ramai yang tahu cara buat pes ikan bakar sedap tersebut. Oleh itu, kali ini kami akan berkongsi rahsia buat pes ikan bakar yang bikin terliur.

Resepi dikongsikan oleh Puan Harmizie‎ di laman Facebook. Gerenti selepas ini ikan bakar air tangan anda akan rasa macam kedai punya.

Hidangkan ikan bakar dengan air asam sekali. Amboi, sedap mengancam! Makan dengan nasi putih lengkap dengan acar. Sedap bikin ketagih.

Resepi Pes Ikan Bakar

pes ikan bakar
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daun kesum,
  • Ibu kunyit,
  • Cili kering,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Belacan,
  • Serai,
  • Halia,
  • Lengkuas,
  • Bunga kantan,
  • Daun kunyit,
  • Gula Melaka.

Cara-cara :

  1. Blender kesemua bahan kecuali daun kesum, daun kunyit, cili kering dan gula melaka.
  2. Kemudian blender cili kering.
  3. Tumis bahan-bahan yang diblender tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering yang telah diblender. Masak hingga terbit bau.
  5. Masukkan daun kesum, daun kunyit, gula melaka, garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan kicap manis. Tunggu hingga masak.
  7. Siap. Boleh bakar ikan guna pes ini.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pes ikan bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *