Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Bakar Berempah Paling Sedap Di Abad Ini!

Ikan bakar selalunya dihidangkan pada waktu makan malam. Hidangan ini juga sesuai disediakan dengan ikan yang segar dan masih manis rasanya. Gabungan ikan segar dan rempah ratus ini pastinya menghasilkan variasi rasa yang membuatkan bukan sahaja lidah, malah hati anda jatuh cinta. Ikan bakar ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada semua, namun, berhati – hatilah dengan tulang ikan!

Cara pembuatan ikan bakar berempah ini amat mudah dan ringkas. Terdapat dua bahagian yang perlu anda sediakan iaitu pes dan ikan bakar tersebut. Bahan – bahannya pula seperti halia dan bawang amat mudah untuk didapati, malahan ianya juga boleh didapati di dapur anda sekarang! Ikan yang digunakan di dalam resepi ini pula adalah ikan merah ataupun ikan kerapu ya!

Resepi ini dikongsikan oleh Siti Aisyah Husin dan mendapat lebih kurang 28 ribu perkongsian di media sosial. Banyak kan! Sudah pasti rasanya amat lazat dan digemari ramai. Jom tengok!

Resepi Ikan Bakar Berempah

ikan bakar
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 – 1.5 kg ikan merah atau ikan kerapu

Bahan kisar:

  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 12 biji bawang merah
  • 1 setengah bawang holland
  • 4 batang serai besar
  • 2 sudu kecil udang kering
  • 3 biji cili merah besar
  • 4 helai daun limau purut
  • 6-10 cili kering
    Kisar kesemua bahan di atas sehingga betul – betul lumat.

Bahan tambahan:

  • 5 sudu cili kisar
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • Gula putih
  • Garam
  • Penambah perisa (Knorr)
  • Sedikit minyak

Cara – cara memasak:

Pes:

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
  2. Kemudian, masukkan asam keping dan cili kisar dalam itu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 

Ikan bakar:

  1. Siang ikan dan basuh betul – betul.
  2. Sediakan daun pisang besar dan lebar. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letakkan ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan.
  3. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
  4. Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambil – sambil itu, cuba la selak sikit takut terlebih masak. Apabila isi ikan dah bertukar warna putih maka ianya siap untuk dihidang.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!