Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Paling Senang Nak Buat

author name

📄

Ikan cencaru bakar sumbat sambal merupakan salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai di antara kita. Ianya amat lazat kerana gabungan ikan cencaru bersama sambal yang pedas manis ini merupakan gabungan yang terbaik! Ikan cencaru bakar sumbat sambal ini juga sesuai dihidangkan pada waktu makan tengahari ataupun waktu makan malam. Ianya juga pilihan yang lebih sihat kerana ikannya dibakar dan bukannya digoreng.

Ikan cencaru bakar sumbat sambal ini boleh disediakan oleh sesiapa sahaja oleh kerana cara pembuatannya yang ringkas. Ianya terdapat dua bahagian iaitu ikan cencaru dan sambalnya. Cara membuat sambal yang sedap amat penting bagi menentukan rasa juadah ini. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati, jadi anda boleh menyediakan juadah ini bila bila masa sahaja.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Raja Amanina dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

cencaru sumbat sambal
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6 ekor ikan cencaru (kunyit garamkan)
  • 2 genggam cili kering direbus
  • 3 biji cili merah
  • Sedikit cili padi
  • 2 biji tomato
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci belacan
  • 3 helai daun limau purut carik carikkan
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji tomato hiris
  • Sedikit daun bawang
  • Gula garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, belacan & tomato. (Pastikan tidak halus sangat)
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut hingga pecah minyak dan perasakan menggunakan gula dan garam.
  3. Masukkan bawang hiris, tomato & daun bawang.
  4. Sumbat sambal bahagian belakang ikan cencaru.
  5. Bakar atau goreng mengikut citarasa anda.
cencaru sumbat sambal 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *