|

Resepi Sambal Telur Hancur Simple Giler Tapi Sedap Yang Amat

Resepi kali ini adalah satu lagi resipi mudah ringkas dan sedap yang boleh anda sediakan sendiri. Sambal telur hancur amat mudah untuk disediakan, lazimnya dia hanya menggunakan cili kisar dan telur sahaja. Bahan yang digunakan sangat ringkas tapi rasanya amat sedap. Mengambil masa yang sangat cepat untuk disediakan dan ia paling sedap dinikmati terus bersama nasi panas.

Secara peribadi saya amat menggemari masakan ini terutamanya ketika kehabisan idea untuk menyediakan makan malam. Anda juga boleh mencubanya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang sangat mudah untuk didapati.

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  •  Panaskan minyak di dalam kuali. 
  • Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  • Setelah pecah minyak, masukkan, garam dan gula secukup rasa. 
  • Kacau perlahan.
  • Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  • Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah dikacau menjadi telur pecah
  • Angkat dan sedia dihidangkan

Anda boleh menyediakan cilinya terlebih dahulu dan simpan di dalam peti ais. Biasanya bahan yang diguna di dalam cili kisar ini ialah cili kering yang telah direbus kemudian dikisar bersama bawang besar dan sedikit minyak masak. Cili ini sesuai juga digunakan dalam pelbagai jenis lagi masakan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *